NIVEA MEN telah melancarkan gedung sementara hitam dan putih pertamanya di Malaysia sempena kempen“Don’t Stain Your Favourite Outfit” (Jangan Tinggalkan Kesan Pada Pakaian Kegemaran Anda) dengan kolaborasi terbarunya dengan butik fesyen mewah, RIZMANRUZAINI. Dua replika produk Black and White Deodorant Spray dan Roll On besar telah didirikan untuk menarik perhatian orang ramai di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.
Pelancaran rangkaian deodoran antikesan NIVEA danNIVEA MEN yang membantu menyelesaikan isu kesan tidak diingini pada pakaian telah mengilhamkan RIZMANRUZAINI untuk mereka 12 fesyen pakaian harian yang berlainan bersama dengan NIVEA MEN. Ini juga adalah kali pertama RIZMANRUZAINI mereka koleksi pakaian eksklusif untuk lelaki dengan kerjasama jenama lain. Selain itu, satu pertunjukan fesyen jalanan telah dianjurkan untuk memperlihatkan koleksi edisi terhad mereka bersama dengan NIVEA dan NIVEA MEN Deodorant Invisible for Black & White semasa pelancaran.
Serentak dengan kempen ini, NIVEA MEN juga menganjurkan peraduan seluruh negara dari 1hb September hingga 30hb September 2016. Peserta berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM40,000 termasuk koleksi RIZMANRUZAINI dengan petikan kata-kata peribadi mereka tertera padanya. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman Facebook Malaysia NIVEA MEN di www.facebook.com/myniveamen.
NIVEA MEN boleh didapati dalam bentuk semburan dan bebuli, NIVEA/NIVEA MEN Deodorant Invisible for Black & White berbau segar dan lembut menawan, membuat anda terasa segar dan kering sebaik sahaja digunakan. Rangkaian deodoran antikesan NIVEA/NIVEA MENmasing-masing berharga RM5.50 (bebuli 25ml), RM10.50 (bebuli 50ml) dan RM16.90 (semburan 150ml). Produk boleh didapati di semua kedai farmasi, pasar raya dan pasar raya hiper di seluruh negara.