Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kembara

10 Idea Percutian Menarik Bagi Anda Yang Takut ‘Terbang’

by Izzah Azizah
September 13, 2016
10 Idea Percutian Menarik Bagi Anda Yang Takut ‘Terbang’

Foto - google.com

45
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Percutian yang hebat tidak semestinya perlu terbang ke luar negara. Ada sesetengah orang mengalami fobia dengan ketinggian dan cenderung takut untuk menaiki kapal terbang. Serta ada juga yang ingin menjaga bajet untuk bercuti di dalam negara. Tapi bosan bukan bila bercuti dengan gaya yang sama, kebiasaannya menghabiskan masa bersantai di kolam renang tidakpun bersiar-siar di pantai.

Jom kita beri kelainan sedikit bagi percutian akan datang. Nah 10 idea percutian yang mungkin anda tak pernah terfikir selama ini!

  • Berkhemah
Foto - google.com
Foto – google.com

Masa ini lah anda boleh tunjukkan skill memasang khemah dan membuat unggun api. Gunakan peluang ini untuk menghayati alam semulajadi sambil berehat didalam khemah selesa anda.  Anda boleh guna lokasi seperti tapak perkhemahan di Taman Negara yang mempunyai fasiliti memudahkan aktiviti perkhemahan.

  • Percutian Berbasikal
Foto - google.com
Foto – google.com

Percutian berbasikal atau Bike Tourism telah diperkenalkan didalam negara sejak 2011. Anda boleh pilih pakej yang disediakan lengkap dengan basikal serta aksesori, penginapan dan cycling guide. Bergantung kepada tahap fitness dan pengalaman, tetapkan matlamat mengayuh 15 hingga 25 km sehari supaya anda boleh melawat dan relaks semasa sampai di destinasi.

  • City Breaks
Foto - travelgaia.com
Foto – travelgaia.com

Jelajah bandar anda sendiri! Mungkin masih ada lagi tempat-tempat menarik yang belum anda kunjungi. Selain itu anda boleh senaraikan karnival atau aktiviti yang dijalankan disekiling bandar yang anda tinggal. Mula bersosial dan berkenalan dengan orang yang baru anda temui.

  • Bercuti di Taman Tema
Foto - google.com
Foto – google.com

Seronok dan ‘gila’. Yes, percutian di taman tema tidak akan bosan, di Malaysia sahaja sudah mempunyai lebih dari 10 taman tema. Pilih sahaja permainan yang mana anda hendak main roller-coaster, rumah hantu atau permainan air. Menginap sahaja di hotel yang disediakan, anda tidak perlu susah mencari tawaran hotel beserta tiket masuk.

  • Muzium dan Galeri
Foto - google.com
Foto – google.com

Lawatan ke muzium dan galeri kedengaran agak janggal bukan untuk dimasukkan di dalam list holiday? Tidak salah menambah ilmu lagi lagi berkenaan sejarah dan seni. Sekarang banyak muzium dan galeri menawarkan bengkel atau acara untuk dilakukan bersama keluarga dan rakan. Pasti banyak pengetahuan baru yang anda dapat sepanjang percutian.

IKLAN

  • Keretapi Tour
Foto - google.com
Foto – google.com

Dari utara ke selatan negara kita mempunyai destinasi top untuk dilawati dengan menggunakan keretapi. Pemandangan perjalanan dengan keretapi menjanjikan kelainan dengan kehijaunan sawah padi, ladang kepala sawit yang cantik tersusun serta kawasan kampung yang mendamaikan. Anda boleh merancang perjalanan dengan menyediakan itinerari berbeza mengikut jadual keretapi.

  • Aktiviti Lasak
Foto - google.com
Foto – google.com

Penuhi hari cuti anda dengan mencabar fizikal dan mental mencuba sesuatu yang baru dan lasak seperti rock climbing, water rafting, jungle tracking dan banyak lagi. Pastikan anda sudah bersedia dan pergi bersama dengan rakan yang lain sebagai saksi yang anda pernah melalukan semua aktiviti ini.

  • Percutian Weight Loss atau Fitness
Foto - www.huffingtonpost.com
Foto – www.huffingtonpost.com

Lain macam pula idea percutian ini, kebanyakan orang menambah berat badan ketika bercuti. Bagi anda yang berazam untuk menurunkan badan atau meningkatkan stamina, ambil peluang semasa bercuti. Hadiri mana-mana kelas yang menawarkan senaman atau aerobik untuk mengurangkan berat badan. Pasti anda bangga apabila rakan pejabat menegur anda kelihatan lebih langsing selepas pulang dari percutian.

  • Percutian Spa
Foto - google.com
Foto – google.com

Tidak perlu fly ke Bali atau Krabi untuk mendapat urutan relaxation yang mengasyikan. Buat sahaja tempahan di pusat spa atau di hotel yang menawarkan tawaran spa berserta penginapan ala mewah. Spa bukan sahaja untuk urutan badan, anda juga boleh menaikkan seri wajah dengan pakej penjagaan dan urutan wajah. Orang balik bercuti muka sunburn, anda pulak sebaliknya. Bertuah badan!

  • Menaiki Kapal Cruise
Foto - google.com
Foto – google.com

Banyak perkara dan aktiviti yang dijalankan di atas kapal cruise. Jika anda mempunyai masa percutian yang singkat, pelayaran cruise amat sesuai ianya umpama resort bergerak, dan tiba di destinasi menarik yang boleh anda lawati. Pilih sahaja pakej yang bersesuaian dengan bajet dan masa anda.

Banyak bukan pilihan yang Wanista beri pada anda yang bercuti tanpa menaiki kapal terbang. Tunggu apa lagi sediakan pen dan buku untuk lengkapkan itinerari percutian dan mula untuk savings!

Tags: 10 idea percutian bagi anda yang takut terbangaktiviti percutianbercutiflightidea percutian menarikkembarapercutianpercutian dalam malaysiaterbangtips percutiantravel
Share18SendShare

Artikel Berkaitan

“OMG Berminyaknya” – Ini Cara Nak Stailkan Rambut Bangs Untuk Si Kulit Berminyak
Tips - Kecantikan

“OMG Berminyaknya” – Ini Cara Nak Stailkan Rambut Bangs Untuk Si Kulit Berminyak

by IamLisa
January 3, 2022
0

"Saya muka berminyak dan berambut bangs di depan. Selalu tak sampai tengahari, dahi dah makin berminyak. Ada cara tak, nak...

Baca Lagi
“Ish, Flight Delay Pula?!”- Tak Payah Tidur Di Lantai Atau Kaki Lima, Jom Check-In Di Capsule Transit KLIA2!
Kembara

“Ish, Flight Delay Pula?!”- Tak Payah Tidur Di Lantai Atau Kaki Lima, Jom Check-In Di Capsule Transit KLIA2!

by Sofie Azizlan
December 29, 2021
0

Penulis percaya bila lama sangat tunggu penerbangan yang ditangguhkan atau penerbangan pagi, ramai yang akan menghabiskan masanya di lapangan terbang....

Baca Lagi
5 Tips Untuk Si Ibu Cegah Puting Melecet, Barulah Proses Menyusu Lancar!
Tips

5 Tips Untuk Si Ibu Cegah Puting Melecet, Barulah Proses Menyusu Lancar!

by Sofie Azizlan
December 24, 2021
0

Tak dinafikan proses menyusukan anak tidak mudah. Ada yang luka, sakit hinggalah melecet puting susunya gara-gara anak. Nak elakkan daripada...

Baca Lagi
Asyik Kalah Je, Ini Trick Main Mesin Yang Kuat Telan Duit Budak-Budak
Tips

Asyik Kalah Je, Ini Trick Main Mesin Yang Kuat Telan Duit Budak-Budak

by IamLisa
December 23, 2021
0

"Duit dah habis banyak, tapi satu pun tak kena." Bukan kanak-kanak saja, yang dewasa pun turut sama stress setiap kali...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    “Semakin Lebat & Lentik” – Ini Serum Bulu Mata Paling Menjadi!

  2. 2

    10 Gambar Instagram Bukti Bella Hadid Anak Emas Versace

  3. 3

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  4. 4

    Lebih Moden Untuk Si Ibu, Gaya Zahirah MacWilson Jadi Pilihan DIVA

  5. 5

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.