Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Dekorasi

[ Review ] Oasia Suites KL Tawar Penginapan Menenangkan Di Tengah Kota Metropolitan

by Afiqah Syamin
October 24, 2016
95
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siapa sangka, di tengah-tengah kota pun masih wujud lagi tempat penginapan dan percutian yang menawarkan serba-serbi ketenangan serta keseronokan yang berpanjangan. Oasia Suites Kuala Lumpur adalah sebuah hotel yang berciri kediaman awam umpama kondo mewah sambil dilengkapi dengan pelbagai fasiliti terbaik, khas untuk para pengunjung yang mahukan pengalaman percutian yang selesa bagai berada di rumah sendiri.

Tanggapan Awal Memberi Kesan Keterujaan

IMG_1409
Reception: Meja penyambut tetamu yang dikelolakan oleh kakitangan terlatih dan profesional.

Saat penulis pertama kali menjejakan kaki di ruang legar lobi hotel, senyuman yang dilemparkan oleh pegawai keselamatan yang menjaga di pintu masuk utama secara tidak langsung memberikan satu macam perasaan yang sangat menenangkan. Bak kata orang, “First impression is very important”.

Penulis disambut dengan minuman air kelapa segar ini.
Penulis disambut dengan minuman air kelapa segar ini.

Seperti kebanyakkan hotel mewah lain, rembesan wangian turut dapat dihidu sebaik melangkah masuk seolah berdampingan dengan tetamu yang hadir mengunjungi. Tidak lupa, staff yang menjaga bahagian kaunter penyambut tetamu juga ramah orangnya, tidak lokek untuk menyapa penulis dengan nada yang paling mesra sambil diiringi senyuman. 

Bilik Luas Ditemani Tata Rias Moden Bergaya

IMG_1483

Rumah adalah syurga bagi setiap insan. Bukan setakat tempat untuk berlindung, malah rumah adalah sebuah tempat yang dibangunkan untuk memberi keselesaan berpanjangan tanpa rasa jemu kepada penghuninya. Itulah yang cuba diterapkan Oasia Suites KL.

Sepanjang penulis menginap di sana untuk 3 hari 2 malam, ternyata hilang semua masalah dan tekanan penulis. Katil yang disediakan adalah berpadanan dengan harga yang ditawarkan, tidak kurang dengan kelengkapan dalam rumah yang disertai mesin basuh bersama pengering elektronik, sofa empuk, televisyen plasma, dapur memasak, meja bekerja, ruang untuk melihat pemandangan luar, almari besar serta meja makan yang sungguh versatile!

Bakul baju kotor turut disediakan di penjuru bilik.
Bakul baju kotor turut disediakan di penjuru bilik.

Semua perabot dan tata rias kediaman adalah berlandaskan rona tanah dan kayu-kayuan yang amat sesuai buat tetamu berasa relaks.

Fasiliti Tebaik Untuk Para Tetamu Istimewa

IMG_1459

Jangan terkejut, servis penggunaan gim adalah 24 jam manakala kolam renang pula boleh digunakan sehingga jam 10 malam. Kedua-dua fasiliti ini adalah berada di tingkat 24 bangunan Oasia Suites Kuala Lumpur.

IMG_1460

Apa yang menarik, kelengkapan dalam gim adalah terbaik, bertaraf 4 hingga 5 bintang. Penulis berpeluang menggunakan servis gim ketika waktu malam dan ia sangat mendamaikan! Sambil bersenam, sambil itu juga penulis dapat menjamu mata dengan pemandangan kota Kuala Lumpur dari atas melalui dinding-dinding cermin lutsinar yang mengelilingi gim.

IMG_1475

Untuk pengetahuan anda, bilik rehat khas juga ada ditawarkan kepada pengunjung yang menghuni iaitu terletak di bahagian kanan kolam renang, selari bilik mesyuarat satu dan dua untuk kegunaan acara korporat.

Makanan

IMG_1418

 

Jika anda malas memandu ke luar kota raya Kuala Lumpur untuk mencari makanan, Restoran Oasia Suites Kuala Lumpur ada menyediakan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa yang menarik lagi lazat!

IMG_1424

Penulis berpeluang menikmati pelbagai santapan istimewa yang disediakan segar dari dapur. Hidangan buffet sarapan, makan tengahari dan makan malam, semuanya disiapkan rapi oleh tukang masak profesional. Setiap hidangan adalah berciri fusion oriental.

Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Sepanjang Tempoh Penginapan

IMG_1321

IMG_1280

IMG_1276

Tahukah anda bahawa Oasia Suites Kuala Lumpur dan Menara Kuala Kumpur terletak hanya pada jarak berjalan kaki? Jika anda gemar meneroka alam semula jadi sambil mempelajari tentang hidupan pohon-pohon hutan yang jarang ditemui, anda boleh melawat Taman Eko Rimba. Ambil masa untuk relaks, menghirup udara yang nyaman sambil mencabar diri berjalan di atas titian gantung di Taman Eko Rimba. Masuk adalah percuma buat masa ini, ia pasti memberi pengalaman yang menyeronokkan buat anda dan rakan-rakan yang menyertai.

BACA:  10 Makanan Bantu Mengurangkan Tekanan, Sila Amalkan!

IMG_1365

IMG_1372

IMG_1364

Setelah mengeluarkan peluh, apa kata anda naik ke Menara Kuala Lumpur untuk melihat keseluruhan ibu negara Malaysia secara lebih jelas. Jangan lepaskan peluang untuk menjejakan kaki di tarikan terbaru yang diberi nama Sky Box! Sky Box adalah tempat tinjau lut sinar. Buat anda yang gayat, ayuh uji ketahanan mental anda di sini!

IMG_1354

Jika anda mahu membeli-belah pula, bolehlah berjalan kaki ke KLCC atau Avenue K yang hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Oasia Suites Kuala Lumpur.

Lokasi 

Pandangan dari luar bangunan Oasia Suites Kuala Lumpur.
Pandangan dari luar bangunan Oasia Suites Kuala Lumpur yang merupakan bekas bangunan pejabat suatu ketika dahulu.

Oasia Suites Kuala Lumpur yang berada di bawah kelolan Far East Hospitality terletak di bekas bangunan pejabat paling hujung, njauh dari kesesakan jalan raya Kuala Lumpur beralamat:

Print

No. 10, Lorong P Ramlee, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia.

Sila lawat www.stayfareast.com untuk keterangan lanjut. Dan hubungi +603 272 66788 untuk sebarang pertanyaan mahupun +65 6881 8888 untuk membuat tempahan.

Harga Penginapan

IMG_1397
Ruang legar lobi Oasia Suites Kuala Lumpur.

Bergantung kepada saiz bilik yang ditempah. ***Dapatkan harga yang terendah jika menempah secara atas talian!

  • Deluxe Room King Bed: RM234 – RM425 / malam

111

  • 1-Bedroom Premier King Bed: RM247 – RM485 / malam

gRO-x846151889559499451y9739_G gRO-x6907864666573737309y7907_G

  • 1-Bedroom Premier 2 Single Beds: RM247 – RM485 / malam
  • 1-Bedroom Premier Suite King Bed: RM527 – RM655 / malam

Foto -Arkib WanistaFoto -Arkib WanistaFoto -Arkib Wanista

  • 2-Bedrooms Premier Suite King Bed: RM654.50–RM805.00 / malam

gRO-x166902749128846601y10399_G gRO-x3278049093421097580y10384_G gRO-x6907864666573737309y7907_G

Sila rujuk di sini [KLIK]

Pandangan Peribadi Penulis

Ruang menunggu yang terletak di suatu sudut ruang legar lobi.
Ruang menunggu yang terletak di suatu sudut ruang legar lobi.

Disebabkan semuanya disediakan di bawah satu bumbung, penulis meraskaan bahawa Oasia Suites KL adalah tempat penginapan yang amat sesuai untuk acara santai bersama keluarga. Kawasan kelilingnya tenang dikelilingi pepohon rendang meskipun berada di tengah bandar. Lebih menarik apabila pengunjung bisa sahaja berjalan kaki jika mahu ke Menara Kuala Lumpur mahupun ke pusat-pusat membeli-belah terkemuka seperti KLCC.

Oasia Suites KL membuka peluang sepenuhnya untuk anda meneroka bumi Kuala Lumpur tanpa perlu berbelanja besar. Jika anda tidak mahu menikmati makanan di restoran Oasia sendiri, anda sudah pasti boleh berkunjung ke gerai mahupun restoran lain yang terletak di kaki lima sekitar hotel.

Pemandangan dari tingkap bilik penulis.
Pemandangan dari tingkap bilik penulis.

Perkidmatan dan servis layanan yang diberikan oleh kakitangan Oasia Suites KL adalah sangat membanggakan di mana setiap keperluan penulis sepanjang menginap di situ disediakan rapi tanpa sebarang cacat dan cela. Semuanya ditanggung beres menggambarkan betapa berkalibernya status dan rating Far East Hospitality. Dari kaunter penyambut tetamu, hinggalah ke perkhidmatan pembersihan bilik. Semuanya terbaik!

IMG_1238

Waktu malam adalah waktu yang paling tenang jika anda mahu berenang di kolam renang tingkat 24 mahupun merembeskan peluh sihat di gim yang berpoperasi selama 24 jam. Keadaan Kuala Lumpur juga dapat dilihat dengan jelas melalui tingkat tersebut. 

Paling penting, keselamatan pengunjung Juga terjamin kerana penggunaan kad bilik adalah diperlukan jika seseorang menggunakan lif untuk naik ke tingkat penginapannya. Jadi, tiada orang asing yang bisa terlepas tanpa kad bilik yang ditetapkan tersebut.

IMG_1405

Secara keseluruhan, penulis beri 9/10 bintang. Sesungguhnya, ini adalah percutian yang paling berfaedah pernah penulis alami. Ya lah, sekali-sekala bercuti cara mewah dan sihat begini apa salahnya :)

Galeri [Klik Pada Gambar Untuk Lihat Paparan Penuh]

Jendela dari walk-in-wardrobe yang menghadap ke Menara Kuala Lumpur.
Pintu bilik air yang berada di sudut hunjung ruang tamu.
Kabinet pantri yang menempatkan kelengkapan dapur serta mesin basuh kering.
rak kasut yang besar dan lebar terletak di bahagian pintu masuk utama ke kamar.
Meja kopi di ruang tamu.
Kelengkapan kutleri yang tersusun rapi dalam laci kabinet.
Ketuhar gelombang mikro dan mesin basuh kering.
Pantri yang disediakan di ruang istirehat khas untuk tetamu yang menginap di Oasia Suites Kuala Lumpur.
Bilik mesyuarat 2 yang boleh disambungkan dengan bilik mesyurat 1 untuk tujuan acara korporat.
Fasiliti kolam renang outdoor yang terletak di tingkat 24.
Ruang rehat bersebelahan kolam renang.
Televisyen turut disediakan di ruang rehat khas.
Gim yang dikelilingi jendela lut sinar.
Kemudahan gim yang bertaraf 4 bintang.
Meja makan di restoran Oasia Suites Kuala Lumpur.
Susur jalan pintas yang membawa pengunjung keluar ke bahagian belakang Oasia untuk ke Menara Kuala Lumpur.
Pemandangan sekitar Oasia Suites Kuala Lumpur yang mendamaikan.
Sofa dan meja kopi yang tersergam indah di ruangan menunggu tetamu.
Pandangan dari atas Menara Kuala Lumpur.
SKY DECK Menara Kuala Lumpur.
Tarikan baharu di Menara Kuala Lumpur.
Sky Box memberi peluang pengunjung untuk meniti kotak kaca di paras ketinggian 300 meter.
Mini Zoo di Menara Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur dapat dilihat jelas dari atas Menara Kuala Lumpur.
Canopy Walk di Taman Eko Rimba KL.
Kawasan lapang untuk perkhemahan di dalam kawasan Taman Eko Rimba KL.
Tapak semaian di Taman Eko Rimba KL.
Gerbang Taman Eko Rimba yang terletak dekat dengan pintu masuk Menara Kuala Lumpur.
Bangunan Menara Kuala Lumputr.
Menara Kuala Lumpur.
Aktiviti berfaedah untuk dinikmati bersama keluarga di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur.
Memo pemberitahuan.
Titian gantung di dalam Taman Eko Rimba KL.
Pepohon hutan yang dijaga rapi di taman eko Rimba KL.
Alat kawalan jauh penghawa dingin bilik yang mudah dicapai dari tepi katil.
Perkhidmatan shuttle percuma yang akan mengambil penumpang di pintu masuk utama Menara Kuala Lumpur.
Perkhidmatan shuttle percuma untuk pengunjung yang tidak mahu berjalan kaki dari bawah bukit untuk naik ke Menara Kuala Lumpur.
Minum air yang secukupnya untuk kekal hidrat sepanjang aktiviti luar!
Sofa empuk di ruang tamu.
Televisyen plasma di ruang tamu.
Almari di bahagian walk-in-wardrobe di dalam bilik utama.
Televisyen juga memenuhi ruang dalam bilik.
Meja sisi di bahagian kanan katil.
Tuang kerja yang sangat selesa dan luar, terletak 3 lankah dari katil.
Bilik mandi dan tandas terpisah namun berkongsi pintu gelongsor yang sama.
Bilik air boleh dimasuki melalui dua pintu berbeza samada dari ruang tamu mahupun di bahagian walk-in-wardrobe
Bilik mandi yang dilengkapi pancur hujan berbeza.
Tandas di bilik air.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.facebook.com/StayOasia atau lawat laman Instagram Oasia di www.instagram.com/stayoasia

FILED UNDER Alam SekitarDekorasi HotelHidangan Terbaik HotelKL TowerKotakuala lumpurmakananMenara Kuala LumpurOasia Suites Kuala LumpurPemandangan Cantik Sekitar Kuala LumpurPercutian Dalam BandarPercutian Dalam KotaPercutian Nyaman dalam Bandarreview hotelSponsoredTaman Eko Rimba KL
Share38SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.