H2O+ Beauty, produk penjagaan wajah dan badan yang diformulasikan dari air tulen bebas paraben, minyak mineral, atau phthalate secara rasminya membuka jualan di atas talian bersama 11street. Pelancaran ini juga sebahagian dari usaha pemasaran H2O+ Beauty untuk menarik pembeli ‘online shopping’ Malaysia mengenali produk mereka dengan lebih dekat.
Selain itu, H2O+ Beauty juga memperkenalkan wajah terbaharu bungkusan mereka, secara eksklusif direka oleh artis grafik, Ayaka Ito. H2O+ Beauty percaya dari bungkusan yang menarik dan moden ini akan menjadi pengenalan terbaik untuk pelanggan mengetahui produk mereka yang berteraskan dari sumber air.
Antara produk terbaharu dari H2O+ Beauty yang bakal menemui pembeli :
Oasis: Koleksi legasi H2O+ yang membantu mengekalkan hidrasi serta membaiki kulit menjadi lebih lembut dan tegang.
· Infinity+ (sebelum ini dikenali sebagai Sea Results): Krim dari kuasa air tulen untuk menghentikan sebarang kesan penuaan kulit.
· Waterbright (sebelum ini dikenali sebagai Waterwhite): Produk pelembab yang mengandungi Vitamin C berperanan mencerahkan dan menghilangkan sebarang cela diwajah.
· Elements: Pembersih muka yang sesuai untuk semua jenis kulit, memberi rawatan dan kesan yang mengagumkan.
· Body Care: Sea Salt, Eucalyptus and Aloe, Milk and Specialty Care merupakan koleksi-koleksi produk pelembab dari hujung rambut sehingga hujung rambut. Lengkap dengan rutin membersih, melembab dan melembutkan kulit.
H2O+ Beauty juga berkongsi rutin dan tip penjagaan wajah di laman Facebook mereka H2OPLUSBEAUTYMALAYSIA oleh pakar penjagaan kulit dan wajah bersama ikon kecantikan untuk efek “NOW & WOW”.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk H2O+ Beauty, boleh layari http://www.h2oplus.com.my atau H2O+ Beauty Malaysia Facebook H2OPLUSBEAUTYMALAYSIA.