Fesyen ikon dunia Karl Lagerfeld berkolaborasi bersama Faber-Castell mengeluarkan koleksi edisi-terhad alatan melukis dan mewarna ‘Karlbox’.
Mempunyai 350 alatan seperti pensil warna, krayon, berus warna air serta pen lukisan yang berkualiti tinggi dan diletakkan di dalam kotak hitam inspirasi dari kabinet perkahwinan masyarakat Cina yang direka sendiri oleh Karl Lagerfeld.
Menurut Karl Lagerfeld, beliau telah menjadi pengguna setia Faber-Castell untuk menulis sehinggalah melakar fesyen pakaian. Pengarah fesyen Chanel itu juga memberitahu melukis dan menulis seperti bernafas dan memberi ketenangan kepada beliau.
Hanya 2,500 kotak dibawa keluar bagi jualan esklusif pertama pada 1 September di Harrods, London sehingga 19 September 2016 dan bagi yang ingin mendapatkan ‘Karlbox’ di Malaysia boleh kunjungi outlets Faber-Castell Kuala Lumpur; Isetan KLCC, Mid Valley City, 1 Utama, The Gardens dan Czip Lee Bangsar yang akan berada di pasaran bermula 15 September 2016 dengan harga RM 12,500.