Siapa yang tidak suka melancong? Tidak kiralah anda berlibur secara solo, dengan pasangan mahupun bersama keluarga, paling penting yang harus di kira-kirakan terlebih dahulu adalah tempat penginapan.
Mungkin sewaktu bujang, anda tidak kisah jika anda perlu bermalam di motel atau hotel-hotel bajet yang terletak di ceruk-ceruk penjuru dunia sekalipun. Sudahlah terletak di tempat yang terasing, kelengkapan serta fasiliti yang disediakan juga bagai “hidup segan mati tak mau”. Namun, apabila telah berkahwin dan berkeluarga, anda mestilah mahu bercuti dengan selesa betul tak?
Indonesia adalah negara jiran yang kaya dengan pelbagai budaya serta adat resamnya. Selain variasi hidangan yang kena dengan tekak orang Melayu, terdapat pelbagai khazanah alam menarik untuk diterokai sewaktu anda sebagai pelancong menjejakan kaki ke sana.
Bandung adalah ibu negara Jawa Barat dan merupakan sebuah bandar besar selepas Jakarta dan Surabaya. Untuk pengetahuan anda, Bandung turut dirujuk sebagai “Kota Paris” yang wujud di bumi Jawa. Bayangkan betapa menariknya daerah Bandung itu sendiri.
Tetapi, janganlah anda terlalu berharap. Seperti yang kita tahu, dari segi kepesatan pembangunan, ia mungkin tidaklah sehebat Paris. Namun begitu, Bandung masih memelihara tinggalan nenek moyang mereka yang terdiri dari pemandangan hutan belantara asli, kecantikan flora dan fauna, gunung-ganang yang terbentang luas…pasti bakal memberi kejutan pengembaraan gastranomik kepada anda.
Oh! Bandung juga terkenal sebagai syurga membeli-belah. Senang untuk membuat tawar-menawar. Jadi, elok-elok kalau bawa ibu anda ke sini, mahu rambang mata dibuatnya nanti. Mungkin ini juga salah satu sebab mengapa ramai orang Malaysia yang gemar mencari barang hantaran serta perkakas perkahwinan mereka di Bandung.
Di sini, Wanista sediakan beberapa pilihan hotel dan resort menarik untuk anda diami sepanjang berada di Bandung supaya setelah mendapat kenikmatan menghirup udara segar sambil melihat keindahan alam, anda juga dapat merehatkan diri di dalam keadaan yang paling damai. Ya, seperti bercuti di negara 5 bintang pula!
#1 Asmila Boutique Hotel
Anda mungkin akan mendengar muzik yang kuat datang dari kelab malam di sekitar kawasan hotel. Walau bagaimanapun, bilik yang disediakan sangatlah luas, dilengkapi hiasan dalaman yang cantik dan berkelas.
Alamat: Jalan Dr. Setiabudhi No. 54, Setiabudi, Bandung
No. Telefon: +62-22 2066 222
Bajet: Bawah RM200 / malam
Laman Sesawang: asmilahotel.com
#2 Sukajadi Hotel
Kolam renang terletak bersebelahan restoran hotel berkenaan.
Dekorasi di dalam bilik serta ruang legar hotel adalah bercirikan tradisional. Banyak dipengaruhi kebudayaan Indonesia. Jika anda sukakan gaya kontemporari, bolehlah bermalam di sini!
Alamat: Jalan Sukajadi 176, Sukajadi, Bandung
No. Telefon: +62-22 203 3888
Bajet: Bawah RM200 / malam
Laman Sesawang: www.sukajadihotel.com
#3 Amaroossa Hotel
Dilengkapi fasiliti menarik seperti kolam renang besar, kelab golf, serta pub buat mereka yang bukan beragama Islam.
Apa yang lebih menarik, hotel ini memiliki bilik mainan khas yang menawarkan permaianan konsol seperti Xbox dan Playstation!
Untunglah buat mereka yang bercuti bersama anak-anak! Jadi, tiada masalahlah jika anda mahu meninggalkan anak-anak (12 tahun ke atas) di hotel sementara anda dan si suami beromantis di luar sambil pergi membeli-belah.
Alamat: Jalan Aceh #71-A, Riau, Bandung
No. Telefon: +62-22 422 2221
Bajet: Bawah RM200 / malam
Laman Sesawang: www.amaroossahotel.com
#4 Grafika Cikole
Untuk anda yang gemar diselubungi embun malam dan kabus pagi, ha bolehlah bermalam di sini.
Alami sensasi pemandangan di tengah-tengah hutan menghijau, barulah berbaloi dengan duit yang anda belanjakan! Cantik juga untuk dijadikan lokasi bergambar! Bagai berada di alam fantasi.
Tapak perkemahan serta aktiviti lasak juga ada disediakan jika anda bercuti secara berkumpulan.
Alamat: Jalan Tangkuban Perahu KM. 8, Lembang, Bandung
No. Telefon: +62-22 278 6906
Bajet: Bawah RM200 / malam
Laman Sesawang: grafikacikole.com
#5 Saung Gawir
Mencari ketenangan di gunung-ganang? Penulis cadangkan anda bermalam di Saung Gawir ini. Siap ada ladang strawberi lagi tu! Al-maklumlah, di kawasan tanah tinggi. Tanahnya memang subur untuk dijadikan ladang bercucuk tanam.
Rumah tumpangan kecil seperti chalet ini dibina berilhamkan seni bina rumah tradisi asli orang Jawa. Jadi, anda bolehlah berangan-angan jadi orang Jawa okay?
Selain itu, restoran di tempat penginapan ini juga menyediakan makanan kampung ala Jawa yang enak-enak! Yum!
Alamat: Jalan Raya Ciwidey – Rancabali KM. 05 – Alam Endah, Ciwidey, Bandung
No. Telefon: +62 8122 113 3664
Bajet: Bawah RM200 / malam
Laman Sesawang: –
#6 GH. Universal Hotel
Impikan pengalaman bercuti di dua benua dalam satu-satu masa? Ayuh ke GH Universal Hotel. Seni bina hotel yang diinspirasi dari cita rasa Eropah sememangnya menarik perhatian pengunjung dalam dan luar negara!
Alang-alang menikmati makanan Asia yang kaya dengan rasa rempah-ratus sambil dikelilingi gunang-ganang yang cukup mengasyikan, tidak salah untuk anda bermalam di kamar beradu yang penuh dengan dekorasi mewah.
Alamat: Jl. Setiabudi 376, Setiabudi, Bandung, Indonesia 40143
No. Telefon: +62 22 2010388
Bajet: Bawah RM250 / malam
Laman Sesawang: ghuniversal.com
#7 Noor Hotel
Bagai melangkah masuk ke istana di atas awan, Noor Hotel adalah hotel butik yang menggunakan warna putih dan biru sebagai rona utama konsep hiasan dalaman mereka.
Sungguh mendamaikan, anda pasti teruja melihat tata rias hotel ini yang turut disisipkan dengan gaya islamik tersendiri.
Lebih menarik, bilik-biliknya juga dibekalkan dengan kelengkapan solat seperti telekung dan tasbih khas buat para tetamu muslim yang menginap!
Alamat: Jl. Madura No.6, Citarum, Bandung Wetan, Kota Bandung, Jawa Barat 40115, Indonesia.
No. Telefon: +62 22 4242010
Bajet: Bawah RM250 / malam
Laman Sesawang: www.noorhotels.com
#8 Stevie G Hotel
Mungkin ini adalah hotel butik yang paling aneh dan unik di Bandung!
Setiap satu bilik dihias dengan cara yang tersendiri berkonsepkan pop art! Cantik sangat! Buat anda yang berjiwa remaja ala hipster tu bolehkah cuba menginap di sini!
Alamat: Jl. Sersan Bajuri No. 72 Isola Sukasari Bandung Jawa Barat, 40154
No. Telefon: +62222788465
Bajet: Bawah RM200 / malam
Laman Sesawang: stevieghotelbandung.com
Selamat bercuti ke Bandung semuanya!