Pfizer Malaysia telah memperkenalkan rawatan terkini kanser payu dara metastatik di Malaysia dengan pelancaran agen antikanser baru, IBRANCE. IBRANCE menerima kelulusan yang cepat buat kali pertama daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S. (FDA) di bawah Breakthrough Therapy Designation and Priority Review Programmes pada Februari 2015 berasaskan Survival Perkembangan Hidup (PFS).

Malaysia ialah antara negara pertama di rantau Asia Tenggara di mana IBRANCE boleh diperolehi. Berdasarkan inovasi dan keputusan PFS yang nyata terbukti, Agensi Regulatori Farmasi Negara di Malaysia telah memberikan kelulusan regulatori melalui keutamaan penilaian ke atas IBRANCE pada awal Jun tahun ini untuk membolehkan akses yang lebih baik kepada terapi inovatif untuk rawatan kanser payu dara metastatik.
Di Malaysia, 5,000 wanita yang berusia antara 30 dan 60 tahun disahkan menghidap kanser payu dara setiap tahun dan didapati kira-kira 1 daripada 19 wanita Malaysia mungkin menghidap kanser payu dara dalam hidupnya. Sehingga 30% daripada semua wanita yang mengalami kanser payu dara peringkat awal dijangka menghidap kanser payu dara metastatik walaupun dengan rawatan dan langkah pencegahan yang sewajarnya. Dikenali sebagai peringkat kanser payu dara paling lanjut, kanser payu dara metastatik berlaku apabila kanser telah merebak ke bahagian lain badan, seperti otak, paru-paru, tulang dan hati.

Penemuan IBRANCE merupakan satu kejayaan penting sebagai salah satu antara ubat pertama dalam kelas agen antikanser, perencat kinase bersandarkan cyclin (CDK) 4/6, kombinasi dengan satu lagi terapi berasaskan hormon sasaran bagi penghidap kanser payu dara metastatik dengan keberkesanan yang diperbaiki berbanding pilihan semasa.
Ia kini boleh didapati sebagai salah satu rawatan utama bagi wanita putus haid yang menghidap kanser payu dara metastatik lanjutan, reseptor estrogen-positif, reseptor faktor pertumbuhan epidermal manusia 2-negatif (ER+/HER2-). Kini, rawatan ini boleh diberikan kepada penghidap kanser payu dara metastatik di Malaysia sebagai pilihan untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
Dengan komitmen dalam penyelidikan dan pembangunan, Pfizer telah membawakan ubat yang inovatif untuk menyelamatkan nyawa dan melanjutkan jangka hayat penghidap kanser. IBRANCE merupakan satu kejayaan penting yang membuktikan kekuatan ilmu sains syarikat dan membawakan ubat bermanfaat kepada pesakit yang memerlukan.
Untuk menambah baik dan melanjutkan jangka hayat penghidap kanser Peringkat IV, Pfizer bercadang untuk terus membuat pelaburan besar dalam kajian klinikal IBRANCE bagi kanser payu dara ER+/ HER2- merangkumi semua peringkat dan persekitaran rawatan.