Rumah fesyen terkemuka yang sering tampil dengan rangkaian pakaian musim sejuk serta helaian kasual menarik, UNIQLO baru sahaja melancarkan koleksi musim Luruh/Sejuk 2016 yang digelar INES DE LA FRESSANGE. Kesemua helaian dalam koleksi ini berciri “Parisian” bergaya, mendapat sentuhan dari ikon fesyen Inès de La Fressange yang akan mula dipasarkan pada 9 Sepetember ini di UNIQLO cawangan Fahrenheit88, Kuala Lumpur.
Mengetengahkan sifat elegen klasik untuk menterjemahkan gaya sofistikated, ianya juga diserikan dengan reka bentuk yang ringkas namun masih mampu memaparkan aura unik sambil berpandukan kegemilangan era 70an yang disisip pula dengan campuran cita rasa serta budaya rock waktu itu.
Bertemakan “Paris at the Height of 1960’s Fashion”, setiap helaian yang terdiri dari baju panas berkait, seluar berpotongan flare serta skirt mini yang diperbuat dari material khakis, semuanya melambangkan item fesyen yang pernah menjadi kegilaan warga fashionista yang menyertai evolusi fesyen kota Paris.
Seterusnya, gaya yang penuh nostalgia ini dibangkitkan kembali dalam 3 koleksi menarik yang bertepatan dengan perubahan fesyen di Paris menerusi La Femme RIVE DROITE, La Femme RIVE GAUCHE dan La Femme 70’s / A 70’s.
Untuk mengikuti perkembangan koleksi musim Luruh/Sejuk 2016 INES DE LA FRESSANGE, sila lawat laman Facebook UNIQLO Malaysia di www.facebook.com/uniqlo.my