Bukan sekadar untuk mereka yang rabun, kaca mata juga bisa dijadikan aksesori bergaya bagi mereka yang memiliki cita rasa fesyen tinggi. Baru-baru ini buat julung kalinya, pengedar rangkaian kaca mata tanah air, Eyewear Creations baru sahaja memperkenalkan sebuah jenama kaca mata terkemuka dari negara matahari terbit, 999.9 (disebut “four nines”).
Jenama eksklusif ini mula diperkenalkan oleh sekumpulan pakar mata sejak 10 tahun lalu. Bahkan, namanya juga disunting dari kualiti pengenalan emas tulen iaitu ‘999.9’ yang akan diukir pada setiap jongkong emas asli untuk menyatakan kualiti emas tersebut.
999.9 tidak hanya fokus terhadap aspek rekaan bergaya semata-mata malah mereka begitu tekun untuk menghasilkan kaca mata yang sempurna, selesa dipakai untuk jangka masa panjang oleh para pengguna. 999.9 percaya bahawa terdapat tiga kriteria utama yang perlu diketengahkan bagi menghasilkan kaca mata terbaik termasuklah aspek kukuh, tahan lama serta menang memakai.
Rata-rata kita yang memakai kaca mata pasti tahu bagaimana rasanya apabila memakai bingkai kaca mata yang tidak bertepatan dengan bentuk serta struktur muka. Adakalanya kaca mata yang terlalu kecil akan membuatkan sisi kepala kita berasa perit dan tidak selesa.
Berlaianan pula dengan kaca mata ciptaan 999.9. Perincian engsel Gyaku-R diterapkan supaya pengguna boleh melaras sendiri kedudukan batang bingkai agar ianya benar-benar muat dengan saiz wajah tanpa perlu risau bingkai tersebut akan patah atau bengkok kerana sambungan engsel unik tersebut akan bertindak seperti spring elastik.
999.9 tampil melancarkan kemunculan jenama mereka di Malaysia bagi memenuhi pasaran mereka di rantau Asia. Sewaktu majlis pelancarannya tempoh hari, Pengarah Eksekutif, Ketua Barangan, Publisiti + Promosi 999.9, Itabashi Toshiyuki ada mengelolakan bengkel ringkas menunjukkan cara-cara untuk mengendali bingkai -melaras bingkai mengikut kesesuaian bentuk serta struktur wajah pemakai supaya ianya stabil di bahagian hidung serta di sisi kepala.
Sila layari www.fournines.co.jp/en/shoplist untuk ketahui pengedar kaca mata jenama Four Nines yang ada di seluruh Malaysia.