Tahukah anda bahawa kafein adalah sumber tenaga yang sering diambil oleh para atlet? Sukan Olimpik adalah medan di mana tempat berkumpulnya para atlet dari seluruh pelusuk dunia untuk bertanding sesama sendiri demi merebut gelaran juara semata-mata, bagi mengharumkan nama negara yang mereka wakili di peringkat antarabangsa.
Secara umumnya, kafein dapat meningkatkan fungsi prestasi tubuh badan manusia untuk menggalakkan pergerakkan fizikal secara optimum. Ia secara tidak langsung merangsang penghasilan adrenalin -memperbaiki aliran darah dari jantung ke otot.
Hendaklah anda faham bahawa kafien bukanlah bahan terlarang untuk kegunaan para atlet namun ia masih tersenarai di bawah senarai pantau WADA (World Anti-Doping Agency) 2016.
Bagaimana pun, para atlet adalah bebas untuk mengambil kandungan kafein asalkan kadar pengambilan tersebut tidak melebihi 12 micrograms/mililiter (mcg/mL) daripada kandungan kafien yang terkandung di dalam air kencing mereka. Justeru, pengambil sebanyak 10 cawan kopi bagi seseorang individu dalam tempoh kitaran 1 jam adalah bersamaan 15 mcg/mL kandungan kafien.
Selain kopi, kafein juga disahkan terkandung di dalam coklat, minuman ringan, ubat tahan saki serta kosmetik, termasuklah produk penjagaan peribadi seperti syampu.
Oleh itu, Alpecin Caffiene Shampoo yang dihasilkan sebuah syarikat pengeluar German, Dr. Wolff turut melampirkan mesej amaran pada botol-botol syampu keluarannya kerana ia mungkin dapat dikesan pada permukaan folikel rambut atlet seterusnya menjejaskan kredibilitinya jika ia melebihi kadar 12 mcg/mL yang telah ditetapkan oleh badan kawalan WADA.
Untuk keterangan lanjut, sila layari list.wada-ama.org