Marks & Spencer memeriahkan musim ini dengan cetusan keyakinan serta sifat keserdehanaan melalui beberapa siri rekaan istimewa yang terdiri dari Metropolis, Romantic Explorer, Eccentrics serta Into The Night.
Selari dengan trend pemakaian yang digemari ramai wanita masa kini, koleksi musim Luruh/Sejuk 2016 dari Marks & Spencer ternyata menyerlah dengan reka bentuk yang lebih mempersona.
Teknik melapis pakaian bisa dimanfaatkan menggunakan helaian berperincian dari Marks & Spencer untuk menghangatkan sambutan musim luruh dna sejuk yang amat sinonim dengan cuaca redup, sambil dihembus dengan angin dingin mendamaikan.
Malaysia kini mempunyai 7 buah gedung Marks & Spencer seluruh Malaysia termasuklah yang berlokasi di One Utama, Gurney Plaza, Komtar JB, Paradigm Mall, Sunway Pyramid, SURIA KLCC dan THE Gardens/Mid Valley. Untuk keterangan lanjut, sila layari global.marksandspencer.com/my.