Bausch + Lomb Malaysia memperkenalkan satu lagi produk inovatif; Lacelle Diamond Daily, kanta lekap harian berwarna. Ini berikutan kejayaan pelancaran Bausch + Lomb Lacelle Jewel pada tahun lepas.
Berlian merupakan kawan rapat bagi semua wanita. Lacelle Diamond Daily, ‘kawan rapat’ baru anda akan memberi kekilauan berseri yang sukar ditandingi untuk mata anda.
Direka dalam rekaan unik yang menyerupai aspek mencerminkan corak potongan berlian, si pemakai kanta lekap Lacelle Diamond Daily boleh menjangkakan corak berlian seperti ini untuk menyerikan rupa mereka. Selain itu, diameter corak selebar 13mm dapat membuatkan iris mata pemakai lebih besar tanpa menggunakan mekap.
Seperti setiap produk Bausch + Lomb, kawalan kualiti yang ketat dan kaedah teknologi terkini diberi keutamaan. Oleh yang demikian, pemakai boleh menikmati keselamatan produk dan ketenangan minda yang sepenuhnya dengan memakai Lacelle Diamond Daily.
Sebagai kanta lekap pakai buang harian, Lacelle Diamond Daily meringankan beban pemakai daripada penjagaan yang diperlukan untuk kanta lekap biasa. Kebersihan juga dijamin dan pemakai boleh memulakan setiap hari dengan kanta lekap yang bersih dan steril.
Untuk kesesuaian dengan sebarang personaliti atau gaya, Lacelle Diamond Daily boleh didapati dalam 3 warna yang berbeza.
Aqua Glacier – Kilauan Aqua Glacier yang membayangkan keseronokan, mudah didekati dan personaliti yang menyegarkan.
Champagne Brown – Menyalakan wajah serta merta dengan warna coklat yang mempesonakan. Memberi gaya semulajadi.
Pink Rose – Untuk mata tampak feminin dengan kilauan gemilang yang tersendiri. Pink Rose adalah simbol klasik bagi kelembutan.
Lacelle Diamond Daily boleh didapati di semua kedai-kedai optik utama di seluruh negara. Ia dijual pada harga RM42 sekotak untuk 10 keping dan RM110 sekotak untuk 30 keping.