Kasut adalah aksesori yang bisa menaikkan seri penampilan individu. Para fashionista di luar sana pasti tidak boleh hidup tanpa koleksi kasut yang cantik belaka. Ikon wanita seksi si Marilyn Monroe pernah berkata, “Give a girl the right shoes, and she can conquer the world”.
Seiring dengan perkembangan fesyen dan trend pemakaian masa kini, “lace up heels” (kasut bertali yang talinya dililit keliling pergelangan kaki) semakin mendapat perhatian si pencinta fesyen. Tidak kira si hijabista mahupun mereka yang tidak bertudung, rata-ratanya kian gemar memadankan pakaian harian yang terdiri dari helaian kasual hingga ke helaian formal bersama sepasang sepatu tinggi jenis “lace-up” ini.
Seperti pandangan Pengarah Kreatif Moschino, Jeremy Scott, fesyen adalah sebuah subjek yang tiada batasannya. Tiada undang-undang yang dikenakan kala mahu berfesyen. Samalah seperti penggayaan lace up heels ini. Rekaan kasut ini adalah sangat unik membolehkan ia dipandankan dengan apa sahaja jenis pakaian. Namun lebih cantik andainya digandingkan bersama seluar mahupun skirt pendek paras lutut.
Selebriti terkemuka seperti Selena Gomez, Kylie Jenner dan Rihanna juga tidak ketinggalan untuk menyarungkan kasut bergaya yang mampu menonjolkan aura seksi, lace up heels.
Ayuh Wanista senaraikan antara kasut “Lace-Up Heels” mempersona yang boleh anda dapatkan di butik fesyen terkemuka sekitar Malaysia.
#1 Bershka: Lace Up Pumps (RM149.90)
#2 H&M: Sandals with Lacing (RM119.00)
#3 Charles & Keith: Pom Pom Lace Up Sandals (RM189.00)
#4 Charles & Keith: Rope-Tie Heel Sandals (RM159.00)
#5 Charles & Keith: Lace-Up Sandals (RM151.90)
#6 Charles & Keith: Lace-Up Flare Heels (RM216.90)
#7 Topshop: LAVITA Tie Platform Sandals (RM360.00)
#8 ZARA: Openwork Wraparound Sandals (RM269.00)
#9 ZARA: Suede Lace Up Tasselled Mid Heel Shoes (RM349.00)
#10 Charles & Keith: Lace-Up Stilettos (RM289.90)
#11 Charles & Keith: Lace-Up Espadrille Wedges (RM199.90)
#12 Topshop: RASCAL Skinny High Sandals (RM155.00)
#13 Charles & Keith: Ankle Wrap Rope Sandals (RM113.00)
#14 Forever21: Faux Suede Lace-Up Wedges ($29.90)
#15 Topshop: ROYAL Embroidered Sandals (RM295.00)
#16 ZARA: Leather High Heel Sandals With Pompoms (RM459.00)
#17 Forever21: Lace-Up Faux Suede Stilettos ($29.90)
#18 Topshop: NAPOLI Knotted Sandals (RM360.00)
#19 Topshop: RAZZLE Feather Sandals (RM295.00)
#20 Topshop: RASCAL Skinny Sandals (RM155.00)
#21 Topshop: ROXANNE Gladiator Sandals (RM98.00)
#22 Topshop: DELILAH Tie-Up Sandals (RM125.00)
#23 Topshop: GRETCHEN Ankle Tip Courts (RM250.00)
#24 Forever21: Faux Suede Lace-Up Stilettos ($34.90)
#25 Forever21: Caged Faux Suede Heels ($34.90)