Ramai di antara kita, terutamanya wanita sering mengalami masalah dalam meluangkan masa untuk menjaga kulit wajah dengan rapi berikutan terlalu banyak langkah yang harus diikuti. Namun begitu, masa adalah suatu pengorbanan yang harus kita semua manfaatkan demi mengecapi hasil kulit wajah yang diimpi.
Aesop jenama kosmetik dan penjagaan wajah nombor satu dari Australia ini sangat berkhasiat dengan menggabungkan seribu satu ramuan alam semula jadi demi memulihkan serta mengekalkan keremajaan kulit, sama seperti kulit bayi yang baru lahir. Untuk pengetahuan anda, rangkaian penjagaan wajah jenama Aesop ini turut digunakan oleh Puteri Johor, Tunku Tun Aminah. Lihat sahajalah kejelitaan beliau.
Baru-baru ini bertempat di Fancy Breakfast Club, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, Aesop memperkenalkan Lucent Facial Concentrate dari rangkaian Skin Care+ yang merupakan sejenis serum ampuh, berfungsi untuk mengukuhkan serta menyeimbangkan konsistensi kulit wajah. Penulis turut berpeluang untuk mencubanya sendiri.
Tidak seperti serum wajah lain yang mempunyai konsistensi cairan berminyak, melekit serta mengambil masa untuk diserap kulit wajah kala meratakannya, Lucent Facial Concentrate bersifat matte, beraroma segar serta diperkaya dengan pelbagai vitamin mewah yang disunting terus dari elemen botanikal bermutu.
Pada kulit yang telah dibersihkan dan telah siap disapukan toner (penyegar), tuang separuh camca teh cecair serum Lucent Facial Concentrate di atas tapak tangan bersih dan sapukan ke seluruh bahagian wajah dengan lembut sehingga rata. Serum mewah ini bisa membekalkan hidrasi optimum khas untuk kulit kombinasi – berminyak. Anda juga bisa melapiskan sapuan serum ini bersama dengan cecair Aesop Hydrator untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat.
Bukan itu sahaja, serum ini dicipta khas untuk masyarakat masa kini yang sering terdedah kepada suasana alam yang dicemar dengan udara kotor dan berhabuk, dikhuatiri akan merosakkan struktur kulit serta mempercepatkan proses penuaan. Lucent Facial Concentrate mengandungi imbangan lembapan terbaik, disertai Vitamin C dan B3 untuk memulih serta mengekalkan kecantikan wajah selamanya.
Akan mula dijual di butik ternama Aesop seluruh Malaysia bermula 5 September 2016, serum ini ditawarkan dalam botol kaca 60ml pada harga RM380 seunit.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.aesop.com