Brazil adalah sebuah negara yang memiliki komuniti pengguna Waze paling tegar. Justeru, sehubungan dengan Sukan Olimpik 2016 di Rio tidak lama lagi, apa kata kita sama-sama menunjukkan sokongan dengan menukar ikon serta suara pandu arah yang melambangkan jiwa kesukanan.
Sejak petang kelmarin, WAZE membuka peluang kepada pengguna aplikasinya untuk memuat turun suara pandu arah yang dipimpin oleh seorang jurulatih. Rasai pengalaman sebagai atlet yang berkobar-kobar untuk sampai ke garisan penamat (destinasi). Suara “The Coach” hanya terdapat dalam tetapan Bahasa Inggeris dan Portugis.
Klik Butang Main Pada Bar Audio Untuk Dengar Suara Pandu Arah “The Coach”
Sebagai kemuncak untuk mewujudkan lebih kemeriahan, pengguna juga bisa menyertai pasukan negara masing-masing dengan menukar tetapan ikon kepada “Waze country Teams”. Ikon Waze milik anda secara tidak langsung akan memaparkan bendera negara-negara yang menyertai kejohanan sukan gilang-gemilang mengikut pilihan.
Tidak ketinggalan, Waze turut menyediakan laman mikro istimewa yang memaparkan seleksi maklumat mengenai aktiviti di Rio. Keadaan trafik semasa sebenar di empat buah zon Olimpik akan dipaparkan untuk rujukan para pengguna yang berada di Rio bagi mengelak tersekat dalam kesesakan lalu lintas sepanjang jam sibuk.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.waze.com/rio