Bermain adalah merupakan aktiviti yang merangsang otak kanak-kanak untuk belajar mengenai sesuatu perkara. Justeru, ibu bapa harus peka untuk menyediakan ruang permainan kondusif di samping barang permainan yang bertepatan dengan umur anak-anak.
Waktu bermain bukan sahaja dapat meningkatkan kecerdaasan otak bayi dan kanak-kanak, bahkan ia bisa menjadi pengalaman paling bermakna buat si cilik. Warna, fungsi serta ciri-ciri keselamatan barang permaianan harus di ambil kira supaya aktiviti bermaian kekal seronok dan dapat mendorong si cilik untuk menjana daya pemikiran mereka.
Bloom & Grow yang bertindak sebagai pengedar barangan serta perkakas bayi dan kanak-kanak komited untuk sentiasa menyediakan keperluan khusus untuk ibu dan anak. Demi membantu anak anda untuk terus maju kehadapan, set permainan bermutu dari pelbagai jenama ternama ada ditawarkan.
Skip Hop Skip Hop Explore & More Amazing Arch Activity Gym
Dilengkapi dengan 20 fungsi yang bisa menggerakan fungsi otak dan mata bayi. Fungsi dua gerbang yang berada pada pandangan utama bayi menempatkan beberaap permainan yang dapat mewujudkan perasaan ingin tahu serta merangsang fungsi tangan untuk mencapai objek yang terdiri dari pelbagai warna di hadapan mereka. Pada bahagian tengah gerbang, terdapat slot istimewa untuk ibu bapa menempatkan telefon pintar mereka kala membuat panggilan video mahupun merakam aktiviti bayi secara ringkas.
Kini, tiada lagi masalah untuk anda berkongsi aktiviti perkembangan tumbesaran anak anda bersama orang lain! Harga yang ditawarkan untuk unit ini adalah RM549 seunit.
Skip Hop Explore & More Toys Collection
Gabungkan elemen hiburan dan pembelajaran dengan memanfaatkan diri permainan genit istimewa dari Skip Hop. Koleksi permainan genit Skip Hop Explore & More menawarkan seleksi permainan yang selamat untuk kegunaan si cilik yang baru sahaja mengenal bentuk dan warna. Dalam masa yang sama, siri permainan ini dapat merangsang ketangkasan tangan kecil anak anda!
Terdapat dalam pilihan Musical Instrument Set (RM69.90), Pull & Go Car (RM69.90) serta Roll-Around Rattles (RM54.90).
Krooom
Anak anda yang baru sahaja menjejakan kaki ke alam pra-sekolah pasti bergembira dengan set permainan Krooom ini!
Ia diperbuat dari material yang dikitar semula dan selamat untuk kegunaan kanak-kanak 4 tahun ke atas. set permainan ini bukan sahaja mesra pengguna, malah kalis air. Ia secara tidak langsung dapat merangsang imaginasi kanak-kanak serta daya kemahiran motor ketika bermain.
Di samping model istana yang mempersona, set dapur Saffron Chef Kitchen ini mungkin dapat menanam kreativiti serta sifat gemar memasak dalam diri anak anda! Ia dilengkapi ketuhar, sinki, perkakas memasak dan gambar rajah menarik seolah di dapur yang sebenar. Harga yang ditawarkan bermula RM129 hingga RM189 seunit.
Untuk direktori lengkap, sila layari bloomandgrowasia.com