Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

Info Menarik! Jepun Hasilkan Bawang Tidak Pedihkan Mata

by IamLisa
August 3, 2016
Foto - House Food Group

Foto - House Food Group

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bagaimana agaknya rupa bawang yang mampu tidak memedihkn mata?

Sebuah syarikat makanan Jepun, House Foods Group (HFG), mendakwa pihaknya telah berjaya mencipta bawang yang pasti tidak membuatkan anda menitis air mata apabila dipotong.

Bawang India yang diberikan nama sebagai Smile Ball itu, merupakan bawang yang pertama di dunia yang terhasil daripada kajian yang dijalankan oleh syarikat tersebut.

Menurut sebuah portal Singapura, pada 2002, penyelidik syarikat berkenaan telah menerbitkan sebuah rencana tentang keistimewaan bawang tersebut.

Kejayaan Smile Ball telah mendorong HFG untuk mewujudkan visi tentang penghasilan bawang bebas air mata yang pertama seumpamanya di dunia.

Daripada kajian selama 10 tahun itu, pihak HFG telah menemui ‘bahan’ yang menyebabkan air mata terhasil dan berjaya mengubah sifat sejenis enzim yang memedihkan mata di dalam bawang itu.

Sejenis bahan formula akan dilepaskan ke udara ketika bawang itu dihiris untuk menghalang penghasilan air mata. Bahan formula yang disemburkan ke udara itu tidak akan mengubah rasa serta khasiat yang terdapat di dalam bawang tersebut.

Malah menurut pihak HFG, Smile Ball mempunyai rasa manis seperti epal atau pear apabila dimakan secara mentah-mentah. Bagaimanapun, sebagai percubaan, Smile Ball hanya dipasarkan di sekitar Tokyo dan atas talian.

Sebanyak 5 tan bawang Smile Ball telah berjaya dijual dengan harga 450 yen (RM17.79) sekilogram yang mana harganya dua kali ganda daripada harga bawang biasa.

SUMBER

Tags: bawangbawang indiajepunsmile ball
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - FB Cik Melur
Makanan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!

by IamLisa
December 31, 2021
0

Terliurnya tengok himpunan ikan bakar. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulam-ulaman, air asam atau kicap, wow makin naik selera....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Makanan

Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…

by Sofie Azizlan
December 30, 2021
0

Kehidupan sebagai keluarga diraja taklah seperti apa yang kita bayangkan kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Daripada cara berpakaian,...

Baca Lagi
Foto - Cleveland Health Clinic
Makanan

“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu

by IamLisa
December 28, 2021
0

"Ratah tomato begitu saja, tapi tiba-tiba naik ruam merah gatal di pipi." Siapa pernah kena situasi macam ini? Untuk pengetahuan...

Baca Lagi
Foto - The Malaysian Reserve
Makanan

Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!

by IamLisa
December 27, 2021
0

foodpanda sediakan pelbagai tawaran menarik sambutan akhir tahun yang pasti membawa kegembiraan dan keseronokan pada anda semua. "Kami begitu teruja...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.