Jenama kasut terkemuka yang sering tampil dengan rekaan ceria dan menawan, Melissa kini mula memperluas pilihan sepatu yang diperbuat dari material plastik istimewa jenis MELFLEX khas untuk kanak-kanak menerusi koleksi Melissa Dance Machine.
Menjelang musim sejuk 2016, koleksi Melissa Dance Machine ditawarkan dalam 12 variasi rekaan menarik termasuklah sandal serta kasut sarung berkancing dan bertali, sesuai untuk digayakan bayi dan kanak-kanak yang ingin kelihatan sofistikated.
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan koleksi terbaharu dari Melissa di butik MDREAMS cawangan Pavilion Kuala Lumpur dan 1 Utama. Sila layari mdreams.com.my untuk keterangan lanjut.