Dengan bangganya, jenama kebangaan Korea yang telah bertapak lebih 25 tahun dalam industri kecantikan wanita, Mamonde kini membuka kaunter pertamanya untuk rakyat Malaysia di AEON 1 Utama Shopping Centre!
Berkeluasan 315 kaki persegi, kaunter baharu Mamonde ini menempatkan lebih 140 buah produk yang terdiri daripada 32 kategori pelbagai jenis termasuklah kosmetik, rangkaian penjagaan wajah, penjagaan tangan serta barangan penjagaan rambut.
Apa yang lebih menarik, kaunter ini turut menawarkan servis urutan tangan dengan menggunakan krim tangan jenamanya yang diserikan dengan aroma serta khasiat tujuh jenis bunga-bungaan terpilih seperti Lavender, Ros, Jasmin, Sakura, Kamelia serta Gardenia tanpa bayaran kepada pelanggan. Tidak ketinggalan, servis rundingan kulit secara percuma juga akan diberikan.
Bagai melangkah masuk ke dalam taman bunga-bungaan segar yang mekar segar, Mamonde ingin menerapkan pembelajaran secara tidak langsung kepada para pelanggannya di mana mereka boleh mempelajari beberapa perkara tentang rahsia serta khasiat ramuan botanikal asli yang disemai sepenuhnya oleh Mamonde sehingga boleh memberi manfaat kepada kecantikan dan kesihatan kulit wanita.
Lainnya, pengunjung juga merehatkan serta menenangkan diri secara eksklusif, berpeluang menghidu haruman bunga-bunga di ruangan aromaterepi yang bertempat suatu sudut dalam kaunter berkenaan.
Bintang Korea yang sedang meningkat naik menerusi drama bersiri tekini popular Doctors iaitu Park Shin Hye dilantik sebagai duta antarabangsa Mamonde. Jika anda peminat tegar jelitawan ini, anda boleh mendapatkan rangkaian edisi terhad yang terdiri dari bedak kompak kusyen, Mamonde Moisture Ceramide Light Cream serta Intense Cream. Anda juga berpeluang untuk memenangi salah satu dari 70 pas untuk sesi beramah mesra bersama dengan Park Shin Hye menjelang Oktober ini jika membeli Park Shin Hye First Energy Lucky Box yang merangkumi serum dan Esen.
Terdapat banyak promosi hebat sedang berlangsung berikutan pengenalan dan pelancaran kaunter pertama Mamonde di Malaysia ini. Ayuh meriahkan suasana di:-
AEON One Utama, Selangor
Aras Kosmetik (Tingkat satu)
1 Utama Shopping Centre
Untuk keterangan lanjut sila layari laman Facebook Mamonde Malaysia di www.facebook.com/Mamonde.MY.