Sebut sahaja nama Jeremy Scott, pasti semua orang kenal benar dengan konsep rekaan fesyennya yang aneh dan mungkin tidak ada sesiapa pun mahu memakainya. Pereka eksentrik kelahiran Kansas City, Missouri yang banyak mencetuskan evolusi “pop culture” ke dalam setiap karya ciptaanya ini kini merupakan Pengarah Kreatif bagi jenama rangkaian fesyen ternama Moschino sejak Oktober 2013.
Baru-baru ini, Melissa yang popular dengan keluaran sepatu diperbuat dari material getah berbangga untuk memperkenalkan koleksi hasil kolaborasi terbarunya bersama dengan Jeremy Scott.
Selain rekaan kasut yang begitu versatile, Jeremy memanfaatkan gabungan rona-rona terang ke atas setiap satu rekaannya termasuklah biru, merah dan kuning.
Jeremy dilihat bijak untuk menerapkan elemen chic serta kemeriahan melalui rekaan sandal, kasut tumit rendah bertutup serta boot istimewa khas untuk si cilik, Mini Melissa. Tidak ketinggalan, perincian yang ada pada kasut juga ditemani punat udara atau ‘plag inflasi’ seperti yang yang terdapat pada bola pantai. Sungguh berkarakter!
Sebelum ini Melissa pernah bekerjasama dengan para pereka termahsyur antarabangsa seperti Karl Lagerfeld, Vivienne Westwood, Jaosn Wu dan ramai lagi. Ternayata, Melissa amat komited untuk mengetengahkan bakat-bakat ternama dalam industri fesyen dunia secara global.
Koleksi terkini Melissa + Jeremy Scott akan mula dipasarkan di butik dan gedung pengedar MDreams Malaysia pada pertengahan Ogos ini yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur serta 1 Utama. Harga yang ditawarkan pula adalah dari RM299 hingga RM779 sepasang. Pengguna juga bisa membelinya melalui servis atas talian di laman sesawang rasmi Melissa Malaysia mdreams.com.my.