Men’s Biore Malaysia telah pun mengejutkan kita semua dengan kemunculan hero kegematan ramai, Sharnaaz Ahmad sebagai duta baharu bagi rangkaian jenamanya baru-baru ini. Dalam masa yang sama, bagi memberi lebih seleksi pilihan pembersih muka yang rapi khas untuk lelaki, Men’s Biore memperkenalkan lima jenis pencuci muka intensif yang bisa memelihara serta memulih kulit lelaki yang tekstur dan kondisinya lain daripada jenis kulit wanita.
Ini adalah termasuk Double Scrub Deep Clean, Double Scrub Deep Clean Extra Cool, Double Scrub Oil Clear, Double Scrub Acne Solution dan Double Scrub Bright Clean. Kesemua pencuci dalam rangkaian Men’s Biore ini diformulasi secara saintifik melalui beberapa siri kajian terperinci menggunakan teknologi Advanced Japan Million Scrub. Skrub ini berfungsi untuk merubah konsistensi cucian detoks kepada pecahan skrub mikro agar mudah untuk mencuci segala kotoran dan kuman yang terperangkap jauh hingga ke lapisan dalam pori wajah.
Oil Absurbing Scrub pula mampu menyerap lebihan minyak yang dihasilkan oleh wajah sepanjang hari di samping menyingkirkan kekusaman kulit serta bitik hitam (blackheads). Untuk pengetahuan anda, kondisi kulit wajah si pria adalah lebih tahan lasak daripada wanita dan kerana itu jugalah ia memerlukan penjagaan yang khusus, selari dengan keadaan kondisinya yang mungkin sedikit tebal, malah teksturnya juga lebih kasar.
Lelaki yang sering bergerak tangkas setiap hari untuk memenuhi tentatif harian adalah banyak terdedah kepada bahaya luaran seperti cahaya matahari terik, pencemaran udara yang mengandungi habuk dan kotoran halus akan menyebabkan kekusaman kulit serta rembesan peluh dan minyak yang secara tidak langsung menyumbat liang pori hingga tercetusnya kemunculan jerawat pada kulit.
Jenema pembersih skrub wajah nombor 1, Men’s Biore ternyata komited bagi meningkatkan kembali keyakinan para lelaki di luar sana untuk memiliki kulit bebas minyak dan bebas jerawat. “Kami pasti, pengguna akan berpuas hati dan dapat merasakan perbezaan sebaik sahaja saat pertama kali menggunakannya,” jelas Presiden Kao Malaysia, Mr. Masaki Fujiwara.
Seperti yang kita tahu, skrub adalah teknik pengelupasan lembut untuk menarik keluaran komposisi kotoran yang hinggap di wajah malah ia sebenarnya telah dicadangkan oleh pakar-pakar kecantikan kulit sleuruh dunia untuk setiap setiap daripada kita melakukan cucian skrub sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu.
Untuk terus mengikuti perkembangan tentang produk inovatif ini, sila layari www.kao.com/my/mensbiore atau laman Facebook rasmi Men’s Biore Malaysia di www.facebook.com/MensBioreMalaysia.