Jenama global yang terkenal dan disanjungi dengan wangian -wangian asal, koleksi makanan yang berkualiti serta set-set hadiah yang menawan, Crabtree & Evelyn hari ini membuka kafe berkonsepkan ‘pop-up’ yang pertama seumpamanya di Malaysia di pusat membeli-belah One Utama Shopping Centre.
Bermula daripada 26 Julai hingga 31 Julai, Crabtree & Evelyn menjemput para pelanggannya untuk menikmati detik-detik pengalaman yang indah di kafenya yang menawarkan persekitaran bagi warga kota yang sibuk supaya dapat menghargai perkara-perkara yang lebih indah dalam kehidupan dengan koleksi makanan yang berkualiti.
“Kafe pop-up ini membolehkan para pelanggan mengingati pegangan janji jenama Crabtree & Evelyn,” kata Wang Whee Min, Ketua Pengurus Jenama Crabtree & Evelyn Singapura dan Malaysia.
“Dengan memperkenalkan taman ini, para pelanggan boleh mengetepikan rutin dan tekanan hidup seharian dan menikmati kelegaan dengan sesi minuman teh dan urut tangan di persekitaran yang selesa,” jelasnya lagi.
Dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 28 orang, Kafe Pop-up yang selesa ini diilhamkan oleh taman Inggeris yang moden. Membezakan reka bentuknya melalui kombinasi seperti halaman rumput pagar keselamatan dan buaian taman, ‘taman’ Inggeris dengan landskap yang indah ini menyediakan persekitaran yang selesa untuk ketenangan jiwa daripada hiruk-pikuk kehidupan bandar.
Menyediakan keselesaan British yang asal, para pelanggan boleh menikmati pelbagai campuran pilihan teh, biskut serta jem semula jadi yang dihidangkan bersama skon. Ditetapkan dengan RM18 per set, para pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan hidangan biskut dengan teh atau hidangan jem dengan skon dan teh.
Bukan itu sahaja, bagi menambahkan nikmat, Crabtree & Evelyn juga telah menyediak sebuah sudut mengurut tangan untuk membantu para pelanggan supaya mereka boleh berehat dan bersantau dalam suasana yang selesa.
Kafe Pop-up Crabtree & Evelyn tarletak di Tingkat Aras Bawah Highstreet, One Utama Shopping Centre, dan dibuka setiap hari bermula 26 Julai hingga 31 Julai jam 10 pagi sampailah 10 malam.