Jumaat lepas, anak lelaki kepada “Duke & Duchess of Cambridge” iaitu Prince George baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke -3.
Sambutan hari jadi yang bertempat di Keningston Palace itu telah menyaksikan gelagat-gelagat comel Prince George yang disisip dalam beberapa siri foto.
Salah satu foto menarik telah menujukkan Prince George sedang sibuk memberi makan kepada anjing belaan keluarganya, Lupo.
Manakala dalam beberapa foto yang lain pula ada menunjukkan gelagat Prince George sedang duduk dan berdiri di atas buaian kayu, yang sebenarnya telah diukir dengan nama ayah dan ibu beliau.
“Kami berharap orang ramai akan teruja melihat foto-foto ini nanti,” jelas Prince William dan Kate Middleton atau nama sebenarnya Catherine Elizabeth di Istana menerusi sebuah kenyataan Jumaat lalu.
Dalam masa yang sama, mereka turut mahu berterima kasih kepada orang ramai serta rakyat jelata yang tidak putus-putus memberi ucapan hari jadi bersempena ulang tahun kelahiran anak sulung mereka itu.