Bintik-bintik hitam pada muka melalui kitaran yang menggelap dan merebak disebabkan oleh keradangan kulit kronik akibat faktor-faktor luaran seperti sinaran UV, pencemaran, tekanan dan peningkatan usia. Apabila ini berlaku, isyarat dirangsangkan, mengaktifkan melanosit, iaitu sel-sel untuk menghasilkan melanin.
Apabila kerosakan berlaku secara berterusan untuk suatu tempoh yang panjang, melanosit ini akan sentiasa diaktifkan kerana keradangan kronik. Ini menyebabkan melanin dihasilkan secara berlebihan, membesar dan menggelapkan bintik hitam pada kulit. Proses ini tidak kesudahan: bintik-bintik hitam yang wujud akan menjadi semakin gelap dan jelas, dan bintik-bintik baharu pula akan muncul pada kulit.
Dengan adanya penyelidikan yang bertahun-tahunnya, KOSÉ berjaya mencipta satu produk yang boleh menamatkan kitaran ini. Bertindak secara aktif terhadap cela yang semakin gelap dan membesar apabila usia meningkat, INFINITY Perfective White XX adalah serum pencerah dwi-tindakan yang boleh membantu mencerahkan bintik-bintik degil dan mencegah bintik baru daripada terbentuk. Pada masa yang sama, ia juga mengandungi bahan-bahan anti-penuaan yang akan membantu kulit lebih cerah dan muda bagi mencapai kulit sempurna!
Untuk mengekalkan keserian kulit, ia bukan sahaja penting untuk merawat kulit dengan bahan-bahan pencerah semula jadi, tetapi juga untuk mengelakkan kekasaran dan menghalang keradangan. INFINITY Perfective White XX mengandungi campuran bahan-bahan yang dipilih dengan teliti yang mensasarkan bintik-bintik hitam.
Bahan-bahan Oriental
Dua bahan aktif utama, Allantoin dan GL Kojic Acid, membaiki kulit bagi mengalami kerosakan sambil terus menangani kecelaan bermula dari punca masalah.
Allantoin: mengawal keradangan kulit untuk mengurangkan isyarat pengaktifan melanosit yang dihasilkan di dalam dermis dan epidermis, menjadikan kulit kurang terdedah kepada bintik degil. Ia juga membantu mewujudkan persekitaran yang menghalang ketidaksempurnaan pada kulit.
Asid GL Kojic: gabungan Kojic Acid dan Licorice Root Extract menembusi dengan mendalam ke kulit untuk bertindak secara langsung pada melanosit, iaitu penyebab tompok-tompok hitam. Penghasilan melanin kini terus terhalang.
Kesan pemutihan INFINITY Perfective White XX juga dipertingkatkan dengan tiga ekstrak semula jadi: Geranium Thunbergii Extract (mengurangkan keberkesanan isyarat yang mengaktifkan melanosit), Neem Leaf Extract dan Soy Extract (menghalang isyarat pengaktifan melanoit).
Tips penggunaan
Tips penggunaan: Gunakan setiap pagi dan malam selepas kulit dibersihkan dengan losen. Pam kuantiti kecil ke atas tapak tangan dan sapukan dengan lembut pada kulit.
KOSÉ INFINITY Perfective White XX boleh didapati pada harga RM395 / 40ml di semua kaunter Kose.