Diperhalusi dengan rekaan yang begitu terperinci, PUMA evoTOUCH baharu menampilkan boot bola sepak yang mengetengahkan gaya serta keselesaan berketerampilan sekaligus mampu menyumbang potensi dalam permainan sukan itu.
Mencipta evolusi aksesori sukan terkini, PUMA evoTOUCH nyata hebat, direka untuk pemain bola sepak unggul seperti Cesc Fàbregas, Marco Verratti dan Santi Cazorla untuk permainan musim baru ini.
Diperbuat dari material kulit asli bermutu, boot ini dikatakan lebih ringan membuatkan si pemain dapat beraksi dengan tangkas. Ia menggabungkan sinergi inovatif yang berfungsi menyumbang faedah serta gaya material kulit klasik itu sendiri.
Struktur boot juga adalah unik, memanfaatkan kepakaran teknologi janaan PUMA tersendiri, merangkumi bahagian dalam dan luar kasut secara keseluruhan. Direka khas bagi bertindak balas baik dengan bola secara optimum terhadap setiap sepakan yang dilakukan.
Kulit yang digunakan untuk menutup bahagian atas boot adalah sejenis material kulit asli yang nipis, ringan dan lembut, mampu bertindak balas dengan baik dalam keadaan apa sekalipun. Manakala stokin kait yang diperbuat dari fabrikasi evoKNIT sedia ada, terbina pada bahagian pembuka kasut yang menutupi bahagian atas buku lali juga bisa mencengkam kaki dengan selesa sekaligus bersifat anti-gelincir GripTex untuk memastikan kaki pemain kekal stabil dan terhindar dari sebarang gelinciran.
Untuk keterangan lanjut, sila layari global.puma.com. Puma evoTOUCH boleh mula dibeli secara atas talian di www.puma.com mahupun di semua gedung barangan PUMA serta pengedar dan pakar barangan bola sepak terpilih seluruh dunia.