Sudah menjadi lumrah, kita yang perempuan ni gemar benar mengikut trend solekan terkini.
Apabila berbicara soal solekan, pastinya yang paling sukar adalah teknik solekan eyeliner kerana mungkin akan mendatangkan perasaan ‘menjengkelkan’ bagi mereka yang tidak mempunyai keadaan tangan stabil, boleh melukis garisan lurus di sepanjang penjuru kelopak mata tanpa cacat cela.
Ini ada satu cara bagaimana anda nak lukis garisan mata dengan mudah, bahkan kelihatan sangat stailo! Hmm, walaupun sebenarnya agak pelik.
Trend bubble eyeliner ini mula mendapat perhatian pengguna media sosial serta para obsesi mekap di seluruh dunia!
Jika anda cukup berani untuk bergaya unik ala Lady Gaga, anda bolehlah cuba ikut tutorial ringkas oleh MUA Jenny Gonzalez ini kerana dialah wanita yang bertanggungjawab untuk mencipta gaya solekan garisan mata bubble eyeliner yang cukup berkarakter!
Klik pada video untuk lihat tutorial
Untuk solekan garisan mata ala ‘kerang’ ini, anda tidak perlu mempunyai tangan yang stabil pun. Best kan?
Hasilnya, boleh tahan cantik…
Ya, hanya menggunakan teknik ‘tekap’ yang pernah kita belajar untuk subjek Pendidikan Seni waktu sekolah dahulu, dengan mudah anda boleh dapatkan gaya solekan garisan mata yang vogue persis kelopak bunga ini.
Ramai yang telah mencuba dan mula jatuh hati dengan gaya solekan ini. Anda bila lagi?
Sesuai untuk ke acara parti serta majlis-majlis glamor, ia kelihatan sangat menonjol malah jauh berbeza daripada rutin solekan mata yang biasa.
CARA:
- Lukiskan ekor di penghujung sudut mata mengikut cita rasa anda.
- Gunakan gel eyeliner untuk solekan ini. Ambil sedikit produk tersebut, lalu sapukan ia di atas permukaan tangan anda.
- Cuba cari penutup pensil alis atau pensil bibir yang bulatannya tidak terlalu besar -bersesuaian dengan saiz kelopak mata anda. (penutup ini akan digunakan sebagai acuan untuk ditekapkan ke sepanjang penjuru kelopak mata).
- Tekap penutup pada produk yang ada pada permukaan tangan anda, lalu tekapkan pula ia di bahagian penjuru kelopak mata berdekatan bulu mata anda dengan berhati-hati agar tidak comot. (manfaatkan ia seperti cop).
- Selepas selesai mengecop di sepanjang garisan mata, warnakan bahagian dalam “scallop” berkenaan menggunakan berus dengan lebihan gel eyeliner yang ada pada permukaan tangan anda tadi. Siap!
Jangan lupa cuba okay!