Khas untuk semua pengikut dan penggemar jenama sukan Nike, sebuah aplikasi baru sahaja diperkenalkan bagi menggalak serta memberi tunjuk ajar kepada golongan wanita dan lelaki untuk terus cergas, sihat dan bertenaga.
Direka khas untuk melengkapi keperluan rutin kecergasan harian masyarakat moden, aplikasi Nike+ Training Club istimewa ini menampilkan lebih 100 senaman baharu yang dicipta eksklusif oleh para pelatih Nike sendiri.
Sebagai contoh, jika seseorang individu telah tertinggal salah satu dari latihan yang sepatutnya dilakukan berdasarkan pelan yang ditentukan oleh aplikasi latihan Nike, aplikasi ini dengan secara automatiknya akan menetapkan semula pelan latihan tersebut mengikut kesesuaian jadual dan masa individu berkenaan bagi menggantikan semula latihan yang telah tertinggal.
Bukan itu sahaja, aplikasi Nike+ Training Club juga akan melatih para penggunanya untuk meningkatkan kadar latihan ke peringkat yang lebih mencabar dari semasa ke semasa.
Untuk keterangan lanjut, sila layari news.nike.com