Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Ini Dia Kesan Buruk Buat Anda Yang Suka Silang Kaki

by IamLisa
July 1, 2016
Foto - heallthytips.blogspot.com

Foto - heallthytips.blogspot.com

6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siaps sangka tabiat silang kaki mendatangkan kesan buruk pada kesihatan?

Bila anda naik pengangkutan awam, anda memilih untuk duduk secara silang kaki, malah, ketika menghadiri temu duga juga gaya duduk sebegini menjadi pilihan. Walaupun nampak tidak salah tetapi tahukah ia memberi kesan buruk kepada kesihatan diri. Hah, betulkah?

Dilaporkan, Pakar Perunding Ortopedik dan Trauma Pusat Perubatan Tropicana, Dr Joseph Yap, menjelaskan perbuatan menyilangkan kaki bukan penyebab kepada tulang belakang bengkok atau sakit, sebaliknya ia hanya memberi tekanan kepada beberapa anggota badan yang mungkin menyebabkan aliran darah tidak lancar.

Ini sekaligus akan mendatangkan rasa kurang selesa pada otot dan saraf, selain lenguh dan akan hilang dalam tempoh singkat. Tambah doktor lagi, individu normal hanya akan bersilang kaki dalam tempoh 10 hingga 15 minit, selepas itu otak akan memberi isyarat supaya menukar kedudukan, disebabkan sudah letih. Tetapi kecederaan jangka masa panjang hanya boleh berlaku apabila otak tidak memberi tindak balas dalam tempoh dua jam.

Biasanya, perbuatan duduk dengan menyilangkan kaki berkali-kali hanya menyebabkan sakit belakang. Ketidakseimbangan daya tarikan otot boleh menyebabkan tulang belakang bengkok sementara. Ini yang dipanggil ‘sciatic scoliosis’.

Apabila posisi kaki kanan di atas kaki kiri, tulang punggung dan betis dalam keadaan tidak sama rata di mana pinggul kiri lebih tinggi, menyebabkan otot di antara tulang rusuk dan tulang pelvis menjadi lebih pendek berbanding sebelah kanan.

Jika terdapat urat atau pembuluh nadi yang menonjol berbentuk seperti jaring labah-labah (Spider veins) ini, ia mungkin berkait rapat dengan tabiat menyilang kaki. Faktor lain mungkin disebabkan oleh genetik, kehamilan, terdedah kepada cahaya matahari dan berdiri atau duduk dalam jangka masa yang lama.

Sudah tiba masanya untuk anda memikirkan kembali bila anda mula nak menyilangkan kaki, kerana menurut kajian, sikap ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang buruk. Masalah sakit belakang juga sering berlaku kepada individu yang kurang melakukan senaman.

SUMBER

Tags: Habit Silang Kakiinfo kesihatankakiKesan Buruk Silang KakikesihatanSilang KakiTabiat Silang Kaki
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - LVMH
Fesyen

Lama Tak Dengar, Apa Yang Baru Tentang House of Pucci?

by Iza B
May 22, 2022
0

Semakin jarang dengar nama Pucci dikalangan peminat fesyen mewah. Jenama dari Naples, Itali sudah semakin tenggelam sejak tahun 2000. Jika...

Baca Lagi
Foto - Fanfics
Kecantikan

Bila Tidur Selamatkan Kulit Anda Dengan Krim Malam

by Iza B
May 22, 2022
0

Seronok rasa bila bangun dari tidur bukan sahaja tubuh dan minda jadi segar tapi kulit wajah juga kekal lembut dan...

Baca Lagi
Foto - Vogue
Fesyen

Dulu Bawa Ke Pasar, Kini Beg Jaring Aksesori OOTD Di Pantai

by Iza B
May 22, 2022
0

Bermula dari tahun 2017, beg jaring atau netted beg telah menjadi pilihan baru sebagai aksesori fesyen. Acap kali digayakan oleh...

Baca Lagi
Foto - New York Times
Fesyen

Selain Rolex, Jenama Jam Tangan Mewah Ini Juga Pilihan Sosialit

by Iza B
May 21, 2022
0

Jam tangan tidak asing lagi dijadikan sebagai aksesori fesyen samada untuk acara formal mahupun kasual. Ada yang memakai jam tangan bukan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.