Jenama global terkemuka Amerika, Northwest Cherries membawa masuk jenis ceri premiumnya yang penuh faedah pemakanan, sesuai untuk berbuka atau sahur atau sebagai sebagai snek pada bulan Jun ini.
Dianggap sebagai rising superstar, ceri mempunati pelbagai ciri-ciri berfungsi, seperti vitamin dan mineral. Khususnya, ceri penuh dengan antioksidan dan kalium, yang membantu penyakit radang seperti gout dan artritis, mencegah kanser dan membantu kesihatan jantung. Kandungan kalorinya dan sifat-sifat indeks glycemic yang rendah menjadikannya mereka buah-buahan sesuai untuk mereka yang mengalami kencing manis dan untuk menjaga berat badan. Ceri juga mempunyai satu-satunya sumber melatonin yang merupakan hormon yang dihasilkan dalam kelenjar pineal kita yang mengawal tidur.
“Sejak pelancaran pertama Northwest Cherries pada tahun lepas di Malaysia, kami telah menerima sskongan yang besar dalam pasaran eksport di negara ini. Dan tahun ini, kami tidak sabar-sabar untuk meneruskan usaha meningkatkan nilai eksport ceri kerana permintaan pengguna Malaysia terus berkembang,” kata Abdul Ghani Wahab, Agricultural Specialist of the United States Department of Agriculture.
Madam Phornthip Poolprasert, Market Manager for Southeast Asia, Northwest Cherry Growers berkata Northwest Cherries menjadi pilihan pengguna Malaysia kerana rasanya yang sedap-sedap manis, penuh isi, sedikit juicy, segar.
Pengguna boleh menikmati pelbagai jenis ceri sepanjang musim dari bulan Jun hingga Ogos, antaranya “Rainier” adalah variasi ceri putih – manis dan cantik dengan rona keemasan. Ceri jenis merah adalah “Chelan”, “Sweetheart”, “Skeena”, “Santina” dan “Bing” yang merupakan jenis yang paling popular.
Bukan itu sahaja, Northwest Cherries boleh dinikmati begitu sahaja ataupun diletakkan dalam hidangan salad, oatmeal, yogurt mahupun dibuat aiskrim serta pelbagai lagi boleh dicuba.
Northwest Ceri boleh didapati di seluruh pasar raya terkemuka dengan promosi khas di rakan kongsi runcit, AEON.