Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Kajian : Wanita Tempatan Cair Dengan Ayat Manis Warga Bangladesh, Indonesia

by IamLisa
June 29, 2016
Foto - www.thestar.com.my

Foto - www.thestar.com.my

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kajian menunjukkan kehebatan lelaki warga Bangladesh dan Indonesia menyusun kata-kata menjadi faktor utama wanita tempatan terpikat dan mengahwini rakyat asing.

Kaji selidik Universiti Putra Malaysia (UPM) juga mendapati lelaki tempatan gemar memilih gadis seberang sebagai pasangan hidup kerana faktor “layanan kelas pertama”.

Kajian melibatkan kira-kira 1,000 responden melibatkan lelaki dan wanita muda berusia bawah 25 tahun.

“Ini adalah hasil yang diperoleh dan alasan paling popular dalam kalangan responden kerana secara umumnya, kita memang suka dihargai apatah lagi apabila diberikan dengan kata pujian seperti yang dilakukan lelaki Bangladesh,” kata Timbalan Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

“Manakala bagi lelaki tempatan pula, kebanyakan responden memilih wanita dari Indonesia disebabkan layanan yang diberikan diibaratkan seperti melayan seorang ‘raja’.

Pakar sosial itu berkata, perkara itu bagaimanapun tidak membimbangkan kerana ia hanya melibatkan kira-kira 1 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang mengahwini warga asing.

“Kita boleh buat kajian namun saya berpendapat isu penceraian yang tinggi lebih utama. Apa pun dalam membincangkan isu perkahwinan warga asing ini, bimbingan dan nasihat perlu diberikan terutama kepada wanita muda yang mahu berkahwin.

‘Mereka perlu sedar perkahwinan itu tidak hanya semata-mata atas dasar cinta tetapi soal ekonomi juga,” katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam Dewan Negara minggu lalu dilaporkan berkata, kerajaan mahu mengkaji faktor rakyat tempatan semakin ramai mengahwini warga asing.

SUMBER

Tags: Ayat Manisbangladeshindonesiakajianorang malaysiaSurveywanita malaysiaWanita Tempatanwarga bangladesh
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Sofie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Sofie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.