Fitbit terkenal sebagai jam tangan berteknologi yang bisa menjadi penjejak kepada gaya hidup manusia ke arah yang lebih sihat. Baru-baru ini, Fitbit sekali lagi menerapkan elemen terbaharu yang dapat mengawal waktu tidur si pemakai di mana individu yang berkenaan boleh menjadualkan tempoh tidur mereka mengikut kesesuaian waktu yang cukup -seperti yang selalu dinasihatkan oleh pakar-pakar kesihatan.
Sebagai peranti yang dapat memenuhi permintaan dalam pasaran kesihatan dunia, Fitbit cuba untuk membaik-pulih perantinya sepaya benar-benar konsisten dengan peredaran masa. Sebagai contoh, melihatkan gaya hidupa masyarakat masa kini yang semakin sempit dan sesak dengan pelbagai rutin harian yang mustahak, waktu tidur kadang-kala terjejas sehingga menyebabkan tubuh jatuh sakit. Dalam masa yang sama, tidur juga sedikit-sebanyak mempengaruhi penyakit kritikal seperti Diabetes, Obesiti, penyakit Kardiovaskular serta fungsi mental dan neurologik.
Oleh itu, Fitbit yang merangkumi peranti, aplikasi, ciri sosial dan motivasi termasuklah nasihat dan pelatih peribadi ini menjadi sesuatu yang amat diperlukan oleh semu sebagai pemantau gaya hidup sihat masa kini. Tanpa seseorang sedari, mereka yang bertemankan Fitbit bisa menjadi lebih aktif, makan secara bijak, tidur dengan cukup, bahkan mengawal berat badan secara lebih teliti.
Selain mengubah sifat manusia untuk lebih peka tentang amalan gaya hidup sihat, percayalah bahawa Fitbit bakal membantu anda untuk mendapatkan tidur yang cukup selama 7 hingga 9 jam setiap hari. Kata pakar, waktu tidur seseorang haruslah konsisten setiap hari. Jika waktu tidur selalu berubah, ia sebenarnya mendorong anda untuk mengalami fenomena masalah tidur seperti jetlag mahupun insomnia.
Apa yang menarik tentang ciri baharu Fitbit (Fitbit Sleep Schedule) yang berfungsi untuk menetapkan waktu tidur si pemakainya ini adalah secara amnya, anda perlu memakai jam istimewa berkenaan sepanjang hari dan dengan berbekalkan data yang dikumpulkan oleh Fitbit termasuklah data gaya hidup harian anda, data keaktifan anda sepanjang hari, waktu tidur yang ditentukan untuk anda oleh ciri jadual tidur itu ditentukan secara spesifik mengikut keperluan tubuh anda. Dari situ, masa tidur yang ditentukan oleh Fitbit adalah berlainan untuk setiap orang kerana ia bergantung kepada amalan gaya hidup harian seseorang. Hebat bukan?
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.fitbit.com/my