Memulakan kerjaya di Hong-dae, salah satu tempat penuh artistik di Seoul dua tahun lalu, kini SHOOPEN melebarkan sayapnya ke pasaran antarabangsa dengan pertama kalinya menjejakkan di Malaysia pada 25 Jun 2016.
SHOOPEN membawa bersamanya pelbagai kemudahan untuk koleksi kasut dan aksesori sesuai untuk wanita dan kanak-kanak. Tidak kira yang hipster, supermodel wannabe ataupun fesyenista, SHOOPEN membantu anda menentukan gaya peribadi anda tersendiri. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan juga mampu milik jadi anda boleh cantik dengan koleksi kasut dan aksesori SHOOPEN.
“Kami menyediakan pelbagai pilihan, tidak semata-mata untuk berfesyen tetapi juga menjamin keselesaan. Kami ingin memberikan hanya yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami, dengan harga yang terbaik mungkin, “jelas Adrian Cheah, General Manager- Marketing of Parkson Corporation Sdn Bhd.




Jadi, anda boleh datang ke Fahrenheit88 untuk melihat barangan yang ditawarkan di SHOOPEN.