Ketika mula-mula Samsung memperkenalkan Galaxy S7 dan Galaxy S7 edge kepada rakyat Malaysia, ramai yang tergila-gilakan serta mula terpana dengan kualiti gambar yang dihasilkan oleh kamera yang melengkapi telefon pintar hebat itu.
Dunia masa kini yang banyak menghubungan individu dengan dunia lain melalui media sosial seperti Youtube, Facebook, Instagram, Twitter dan Snapchat mendorong semua golongan untuk memiliki peranti yang terkini, dilengkapi dengan pelbagai jenis ciri dan fungsi yang bertepatan dengan rutin harian moden.
Ramai yang mengagumi kemera yang ada pada telefon pintar terbaharu Samsung Galaxy S7 dan S7 edge dan salah seorang daripada penggemarnya adalah jurugambar profesional yang telah banyak memenangi anugerah iaitu Yaman Ibrahim.
Bersempena bulan Ramadhan yang penuh berkah ini, Yaman mengambil peluang keemasan untuk merakam detik-detik istimewa di sekitar kota raya Kuala Lumpur bagi berkongsi pengalaman terindah bersama semua tentang kemeriahan sambutan bulan mulia ini di samping menjelangnya Aidilfitri. Apa yang lebih menarik, rakaman foto-foto bernilai untuk siri “Colors of Ramadhan” itu semuanya dirakam secara langsung menggunakan kamera telefon pintar Samsung Galaxy S7 edge yang memiliki spesifikasi 12MP bersama Smart IOS.
Yaman yang sememangnya meminati bidang fotografi sedari kecil berkata, “Kamera telefon pintar Samsung Galaxy S7 edge ini bijak merakam serta menghasilkan rakaman foto hebat, menjangkaui jangkaan saya kerana ia adalah lebih dari apa yang telefon pintar biasa boleh lakukan.”
Kesemua rakaman foto menampilkan kebudayaan serta gaya hidup masyarakat majoriti di Malaysia, ukhuwah sesama masyarakat yang kuat kala menghadiri masjid-masjid besar seluruh Kuala Lumpur bagi melakukan ibadat sunat Terawih, kepadatan pengunjung di bazar Ramadhan dan banyak lagi.
Meskipun foto lebih cantik jika dirakam dengan bantuan sumber chaya natural seperti matahari, namun, waktu malam lebih indah dengan pancaran lampu-lampu neon yang menerangi waktu hening. Samsung S7 edge bisa memberi peluang kepada pengguna untuk merakam bermacam jenis foto serta dalam keadaan sekalipun.
Sebagai telefon pintar pertama yang bekerjasama dalam memanfaatkan teknologi pixel berkembar (Dual Pixel technology), kedua-dua telefon pintar Samsng Galaxy S7 dan S7 edge nyata mampu menghasilkan rakaman yang mempunyai kualiti seperti rakaman foto kamera DSLR. Warni-warni dunia, makanan serta lokasi-lokasi menarik semuanya dapat dirakam dengan jelas meskipun berlatarkan langit malam.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.samsung.com