Penulis pasti anda pernah mendengar kata-kata ini, “Kuasa solekan dapat merubah rupa seseorang.”
Jika anda masih tidak jelas tentang kuasa solekan, anda boleh lihat dan nilai sendiri…
Ini Dain Yoon, berumur 22 tahun dan merupakan seorang pelajar kolej berasal dari Korea Selatan.
Dirinya kini adalah senior di Universiti Kebangsaan Korea dalam jurusan seni. “Saya memang gemar melukis dan mewarna sejak dari kecil lagi,” jelasnya kepada portal BuzzFeed. Dia juga pernah menyertai sekolah menengah Yewon Arts serta sekolah tinggi Seoul Arts. Ternyata, sekolah-sekolah ini adalah antara sekolah seni yang berprestij di Korea.
BERKANVASKAN WAJAH, YOON MENGGUNAKAN BAKATNYA UNTUK MEMBUAT KARYA SENI OPTIKAL YANG SANGAT ARTISTIK!
Tak percaya? Cuba perhatikan…
Yup! Kreatif!
“Demi menyatakan perspektif pelbagai dimensi, saya melukis di badan saya sendiri,” jelas Yoon lagi.
Yang ini mungkin buat kita pening lalat sedikit, tetapi… hebatnya! Setiap lukisannya nampak realistik!
Kadang-kala Yoon juga bisa melukis efek halimunan, tangan yang seolah melekap pada muka hanyalah lukisan semata.
Ada juga masa yang lainnya, Yoon akan menyembunyikan dirinya mengikut latar belakang.
Sekurang-kurangnya, 3 hingga 12 jam akan dihabiskan untuk menyiapkan solekan magis tersebut.
Yoon hanya menggunakan cat badan, cat akrilik dan beberapa jenis alat solek untuk menampakkan hasil ilusi yang hidup.
Mengulas lanjut, Yoon mahu berkolaborasi bersama artis seni, para pelukis ternama serta nama-nama besar dalam industri fesyen. “Saya mahu menjadi seorang artis yang bisa berkomunikasi bersama para penonton sambil berkongsi inspirasi saya dengan mereka,” tambahnya.
Hebatkan?
Anda boleh mengikut perkembangan Yoon serta kreativiti versatile miliknya melalui akaun Instagram @designdain