Jenama fesyen yang sinonim dengan rekaan pakaian menggunakan fabrikasi Khaki, Dockers kini berkolaborasi bersama 4 lelaki kacak dari Malaysia untuk menghasilkan koleksi “They’re Dockers” demi menyambut keberadaan jenama itu di arena fesyen dunia yang ke-30. Menampilkan selebriti dan ikon fesyen terkemuka tanah air termasuk Remy Ishak, Henly Hii, Henry Golding dan Faiz Abdul Hak. Kempen ini secara tidak langsung ingin menyampaikan semangat dinamik jenama Dockers.
Dalam koleksi terkini pakaian lelaki ini, konsep yang moden cuba diketengahkan bagi melengkapi keperluan fesyen harian para pria yang gemar berhias, tidak kira dalam situasi apa sekalipun. Lelaki Dockers menampilkan elemen maskulin yang bersahaja malah bersifat santai.
Dalam pada trend perincian “slim fit” yang amat popular dalam kalangan lelaki masa kini, setiap helaian yang dihasilkan Dockers adalah berdasarkan kemasan yang bermutu. Baju-T berkolar, kemeja berpotongan melekap serta seluar berpotongan tirus melekap -selesa memeluk pergelangan kaki menampakkan lagi gaya macho, kemas dan estetik si pemakai.
Bukan hanya tertumpu kepada seluar jenis Khaki semata, Dockers menawarkan persalinan lengkap dari hujung rambut sehingga hujung kaki untuk mereka yang membutuhkan suatu pemakaian kasual yang ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna serta cetakan.
Ikon fesyen tanah air, Faiz Abdul Hak menjelaskan bahawa Dockers berjaya membawakan gaya klasik yang tidak lapuk dek zaman, menawarkan helaian yang lain daripada yang lain sekaligus berupaya membuat lelaki lebih berkeyakinan kala menggayakannya.
Untuk keterangan lanjut, sila layari asia.dockers.com