ShopBack Malaysia, laman web Cashback atau pulangan tunai terulung dalam negara, mengumumkan pelancaran inisiatif #ShopBackGiveBack bersama Kechara Soup Kitchen (KSK), The Budimas Charitable Foundation (Budimas), The National Kidney Foundation (NKF) of Malaysia, dan World Vision Malaysia. Pembeli kini boleh menyalurkan Cashback yang mereka perolehi dari pembelian dalam talian kepada empat organisasi tidak berasaskan keuntungan melalui inisiatif ini.
Setiap organisasi kebajikan ini komited dalam usaha yang berbeza. Mengikut Gil Carmo, Pengurus Negara ShopBack Malaysia, “Kami percaya setiap usaha yang dilakukan hari ini, akan memberi perubahan kepada dunia seseorang esok. Setiap usaha murni diambil kira. Ini adalah mesej yang sama yang ingin kami sampaikan kepada setiap pembeli. Sejujurnya kami mengalu-alukan syarikat yang mempunyai niat yang sama, untuk menyertai dan menyokong #ShopBackGiveBack.”
Ditubuhkan pada Februari 2015, ShopBack Malaysia telah bekerjasama dengan 500 peniaga online dan antarabangsa untuk memberi insentif kepada pembeli sehingga 30% wang tunai setiap kali mereka membuat pembelian dalam talian. Kini, terdapat lebih 280,000 rakyat Malaysia yang telah menerima manfaat dari tawaran dan promosi harian Cashback di ShopBack.
Untuk meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik, #ShopBackGiveBack membolehkan pengguna menerima insentif pembelian pelancongan, F&B, IT, kecantikan, kesihatan, barangan isi rumah dan runcit, seterusnya didermakan kepada organisasi kebajikan tanpa berbelanja lebih.
Untuk maklumat lanjut tentang #ShopBackGiveBack, sila lawati laman https://www.shopback.my/shopbackgiveback atau sertai laman rasmi Facebook ShopBack Malaysia untuk perkembangan selanjutnya.