Berus gigi kedengaran remeh dan bagi anda, mungkin berus gigi hanyalah sekadar keperluan yang lazim. Namun, apa yang anda tidak tahu, seperti pemilihan pencuci muka terbaik untuk kulit wajah anda yang sensitif, gigi juga memerlukan berus yang memiliki perincian berus lembut serta berkualiti supaya ia dapat mencapai sehingga ke kawasan paling sukar dan tersorok seperti di celah-celah gusi kerana di situlah selalunya sisa makanan tersekat.
Anda tahu tak? Sisa makanan tersekat itulah yang akan mengeras dan bertukar menjadi karang gigi berwarna hitam (plak) jika ia tidak dicuci dengan sempurna. Sememangnya anda salah selama ini, kerana lebih keras konsistensi berus tersebut, lebih tidak eloklah ia untuk kesihatan gigi anda.
SYSTEMA yang merupakan jenama berus gigi nombor 1 di Jepun kini tampil menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang peka akan kecantikan serta kesihatan gusi dan gigi mereka.
Ramai individu gemar kepada berus gigi yang memiliki konsistensi berus yang keras kerana percaya ianya dapat membersih gigi dengan lebih rapi walhal, ia sangat bertentangan dengan fakta dan anggapan itu.
Oleh itu, SYSTEMA sangat komited untuk memberi kesedaran berpanjangan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan meneruskan kempen “Love At First Brush” selepas kejayaan kempen “Start Right Brush Right” sebelum ini.
Berus gigi keluaran systema diakui berkesan untuk membekalkan kebersihan optimum pada gigi manusia. Ia memiliki bulu berus sehalus 0.02mm yang sangat lembut, runcing malah mampu membersihkan kotoran sisa makanan penyebab masalah oral secara menyeluruh.
Jadi apa anda tunggu lagi? Terbukti keberkesanannya untuk membekalkan kesempurnaan oral harian anda. Ayuh dapatkan berus gigi Systema pertama anda hari ini!
Rekaan berus gigi sistematik ini diinspirasi oleh warisan budaya penjagaan oral masyarakat Jepun dengan pemerhatian syarikat induknya Lion Corporation dengan harapan ia dapat berfungsi untuk mengekalkan 20 batang gigi para penggunanya meskipun umur telah mencapai 80 tahun.
Untuk keterangan lanjut berkenaan Systema serta kempen “Love At First Brush”, sila layari www.southernlion.com.my dan www.loveatfirstbrush.com