Ramadan merupakan bulan di mana kita digalakkan untuk melakukan amal jariah dan Breeze, salah satu jenama pencuci pakaian terkemuka di Malaysia menganjurkan kempen Ramadan bertujuan untuk mengumpul sumbangan bagi membeli sepasang baju raya baru untuk kanak-kanak dari lima rumah anak yatim terpilih.
Bermula pada 6 Jun, Breeze akan menyumbang RM1 daripada setiap unit pembelian cecair pencuci pakaian Breeze. Sumbangan ini akan digunakan bagi membeli sepasang baju Raya baru untuk setiap kanak-kanak berkenaan.
Pengarah Pemasaran Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Vincent Chong berkata, “Setiap kanak-kanak pasti mahu meraikan Hari Raya dengan sepasang baju Melayu atau baju kurung yang baharu. Justeru, melalui kempen ini, kami ingin menggalakkan orang ramai untuk turut serta dan membawa kegembiraan kepada kanak-kanak agar setiap daripada mereka dapat bergembira pada Hari Raya nanti. Bulan Ramadan yang mulia mengajar kita tentang semangat memberi dan berkongsi yang sebenar, dan kami berharap agar sumbangan yang dikumpulkan dengan sokongan orang ramai dapat membantu meningkatkan semangat Raya di kalangan kanak-kanak berkenaan dan menggembirakan mereka.”
Breeze juga akan melancarkan video kempen yang bertujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk menyumbang dengan membeli cecair pencuci pakaian Breeze. Video yang menyentuh perasaan itu mengisahkan tentang kepentingan mengajar serta mendidik kanak-kanak mengenai amalan menderma dan berbuat baik semasa Ramadan. Video berkenaan boleh ditonton pada hari pertama Ramadan melalui laman Facebook Breeze Malaysia dan laman mikro: www.ulmhomecare.com.my.
Sebagai kemuncak kempen ini, bagi meraikan semangat memberi dan berkongsi dalam erti kata yang sebenar, kanak-kanak dari rumah-rumah anak yatim berkenaan akan dibawa untuk membeli belah sempena Raya. Breeze akan membawa mereka ke Mydin Subang Jaya untuk membeli baju Raya yang baru dan meluangkan masa untuk bergembira bersama mereka.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai kempen berkenaan, sila layari www.ulmhomecare.com.my atau kunjungi laman Facebook Breeze Malaysia: www.facebook.com/breezemalaysia.