Demi menceriakan lagi sambutan lebaran anda tahun ini, H&M dengan bangganya mengundang selebriti popular tanah air yang lincah lagi menawan iaitu Ayda Jebat untuk membuat seleksi ke atas beberapa item secara eksklusif dari siri koleksi terkini H&M yang akan mula dipasarkan di semua cawangan H&M seluruh Malaysia bulan ini.
Antara item yang dipilih secara eksklusif oleh selebriti genit kegemaran ramai itu adalah termasuk skirt kembang, dress floral, blaus berpotongan longgar serta beberapa aksesori eksentrik sesuai untuk digayakan semasa menyambut syawal!
Tambahan pula, Ayda Jebat juga tidak ketinggalan untuk memilih beberapa item “must-haves” dari koleksi sensasi H&M HOME yang bisa menambah seri kepada gaya hiasan dalaman rumah anda bersempena Aidilfitri 2016.
“Melihatkan personalti Ayda yang ceria dan lincah, dirinya diakui mempunyai cita rasa yang unik, malah biasa bereksperimentasi secara versatile menggunakan gabungan helaian dari koleksi terkini kami,” jelas Fredrick Famm, Pengurus Negara bagi H&M Asia Tenggara.
Ayda yang baru sahaja dinobatkan sebagai “Artis trending Popular” pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tidak lama dahulu turut menyatakan perasaan gembiranya apabila dipilih untuk bekerjasama dengan H&M buat julung kalinya bagi meraikan detik sambutan Aidilfitri tahun ini.
“Helaian pakaian wanita dari koleksi terkini H&M adalah bersifat feminin malah mudah untuk disuai padan bersama beberapa pilihan aksesori menonjol ketika menziarahi sanak-saudara serta kenalan semasa Hari Raya nanti. Tidak sabar rasanya untuk berkongsi berberapa item kegemaran saya dari H&M bersama pengguna di luar sana,” jelas Ayda Jebat.
VIDEO DI SEBALIK TABIR PENGAMBARAN AIDA JEBAT UNTUK H&M
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.hm.com/my