Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Menangi Kasut Edisi Terhad Adidas x Parley Yang Dibuat Menggunakan Bahan Buangan Plastik Dari Laut

by Afiqah Syamin
June 8, 2016
Foto -Arkib Wanista

Foto -Arkib Wanista

6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Parley for the Oceans adalah sebuah projek teras yang dijalankan untuk menggalakkan kesedaran orang ramai tentang kecantikan serta ketandusan kualiti laut yang disebabkan oleh kerakusan manusia yang tidak bertanggungjawab untuk memelihara kurniaan semula jadi itu dengan sebaiknya.

Foto -tumblr
Foto -tumblr

Sehubungan dengan itu, buat julung kalinya bersempena Hari Lautan Sedunia yang jatuh pada hari ini, 8 Jualai 2016,  adidas dan Parley for the Oceans baru sahaja mengumumkan keluaran kasut larian ikonik terbaharu yang pernah dipamerkan pada acara perbincangan Parley yang bertemakan ‘Oceans. Climate. Life’ tahun lepas.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Kini, individu peka dari seluruh dunia diberi tempoh sehingga Julai 2016 untuk menyertai peraduan kreatif menerusi Instagram untuk berpeluang mendapatkan lebih 50 pasang rekaan istimewa kasut larian ikonik adidas x Parley tersebut.

Zinedine Zidane yang menyokong pergerakan itu berkata, “Ini adalah kerjasama yang cukup memberangsangkan di antara adidas dan parley. Apa yang kedua-dua jenama dan badan ini lakukan adalah sangat kreatif, mengubah bahan buangan untuk menjadi sesuatu yang sangat ikonik seperti kasut larian. Ia menunjukkan bahawa, bahan buangan yang bisa mengancam ketenteraman bumi sebenarnya boleh dijadikan sebuah ciptaan yang unggul”.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Bahagian atas kasut berkenaan dibuat menggunakan beberapa bahan buangan plastik yang dijumpai di persisiran laut Maldives serta material berasaskan sisa jaring insang yang turut ditemui di dasar laut dalam di mana ia pernah digunakan secara haram untuk menjaring hasil laut oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Foto -parley.tv
Foto -parley.tv

Kesemua hasil bahan buangan itu dikutip dengan kerjasama Parley for the Oceans bersama badan organisasi Sea Shepherd. Kasut ini direka menggunakan inovasi adidas yang paling megah, merangkumi Tailored Fibre Technology, revolusi teknik pengeluaran yang membolehkan rekaan kasut unik menepati keperluan atlet secara efektif.

https://www.youtube.com/watch?v=U7K8VIqmj-M

Untuk mendapatkan kasut ikonik edisi terhad yang dijana menggunakan bahan-bahan buangan serta jaring ini, anda boleh mula menyertai peraduan di Instagram dengan memuat naik video yang menunjukan sokongan anda terhadap Parley’s Ocean Plastic Program *klik untuk info lanjut serta kata-kata ikrar bantahan anda tentang penggunaan item atau bahan-bahan plastik dalam kehidupan seharian. Peraduan ini akan tamat pada 31 Julai 2016.

Foto -3ders.org
Foto -3ders.org

“Kami tidak sabar untuk mendengar cerita dari individu-individu yang bangun, mahu memelihara laut bumi, bantu untuk mencari jalan solusi terbaik bagaimana cara yang paling efektif dan kreatif bagi mengambil tindakan terhadap permasalahan ini sekaligus memperkasa perjalanan adidas dan Parley untuk membersihkan laut dari segala bahan buangan,” jelas Eric Liedtke, ahli Lembaga Eksekutif Kumpulan Adidas yang bertanggungjawab untuk jenama global.

Untuk keterangan lanjut, sila lawat laman instagram adidas di www.instagram.com. Syarat-syarat penuh penyertaan akan diumum melalui laman sosial adidas dari semasa ke semasa.

Tags: adidas x ParleyBahan Buangan Dari LautBumiInisiatif Hentikan Pencemaran LautinstagramJala InsangKasut Dibuta Dari Bahan Buangan PlastikKasut Larian Edisi TerhadLautanMaldivesPelihara Alam SekitarpencemaranPeraduan Adidas x ParleyplastikProjek Parley For The OceansSea ShepherdSelamatkan LautVideo
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Sofie Azizlan
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Sofie Azizlan
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Sofie Azizlan
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Sofie Azizlan
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.