Red Bull yang merupakan salah satu jenama minuman tenaga dari Eropah itu baru-baru ini ingin menyebar undangan kepada semua kaki seni amatur dan kontemporari di Malaysia supaya berkongsi karya seni asli mereka untuk peluang ditanyang kepada umum menerusi pameran #EhWauBulan anjuran Red Bull Malaysia.
Pameran aspirasi yang bakal berlangsung pada bulan Ogos nanti akan menampilkan 59 buah karya seni asli yang terpilih, hasil ciptaan para artis amatur dan kontemporari sekitar Malaysia sebagai simbolik kepada sambutan kemerdekaan negara yang ke-59.
Pameran ini kemudian akan diadili oleh beberapa panel yang mahir dalam bidang seni dan lukisan termasuklah pelukis jalanan terkemuka Fritilldea, pelukis kontemporari Ivan Lam serta salah seorang pemegang amanah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara dan pelukis, Phillip Wong.
Kesemua panel akan bersepakat, memilih peserta yang berkelayakan berdasarkan hasil karya mereka sewaktu pameran untuk disenarai pendek bagi menyertai sebuah program tajaan di masa hadapan yang bakal menyerlahkan lagi bakat serta kebolehan mereka dalam memanfaatkan seni dan kreativiti sebagai karier yang hebat.
Para peserta dan kaki seni yang berminat harus mewarna, melukis, mengukir dan mereka cipta satu karya seni yang pastinya unik -berupaya untuk merungkai dan menceritakan tentang perjalanan artistik mereka, tentang apa yang memberi inspirasi kepada mereka untuk terus menuju ke hala impian sekaligus mengejar cita-cita yang luhur.
Kesemua hasil karya itu harus dihantar untuk dipertimbangkan menerusi laman #EhWauBulan pada 1 Julai 2016.
Untuk keterangan lanjut, sila layari ehwaubulan.redbull.com
#EhWauBulan bertujuan untuk memupuk rakyat Malaysia dalam bidang seni dan memperkasa artis dan pelukis tanah air untuk terus maju serta melebarkan sayap menerusi seni.
Sehubungan dengan itu juga, Red Bull berusaha untuk membawa budaya inisiatif seni global mereka ke persada antarabnagsa seperti yang boleh dilihat melalui penganjuran Red Bull Art of Can dan Red Bull Doodle Art.
Dalam pada itu, Red Bull turut memperkenalkan tin yang melambangkan keperibadian budaya Malaysia baharu, dipenuhi karakter dan cetakan Wau edisi terhad iaitu hasil cetusan idea kreatif si pelukis jalanan Fritilldea. Dapatkan Red Bull edisi terhad sekarang!