Kalau nak cantik, apa sahaja sanggup dilakukan.
Seperti wanita ini yang telah menggemparkan dunia dengan melakukan pembedahan plastik sebanyak 15 kali demi mempunyai tubuh seperti watak kartun ‘Jessica Rabbit’. Kali ini, Pixee Fox kembali menghebohkan dunia dengan pembedahan implan mata.
Wanita yang kini berusia 26 tahun ini sekurang-kurangnya telah melakukan pembedahan plastik sebanyak 19 kali. Malah, dilaporkan telah berhabisan sebanyak $125,200, meskipun begitu, Pixee mengaku dia bahagia dan bangga dengan apa yang dilakukannya.
Baru-baru ini, Pixee telah melakukan pembedahan implan mata agar warna matanya menjadi biru kehijauan ala turqoise ataupun disebut ‘Cartoon Green’. Pada mulanya, warna mata Pixee adalah hijau tetapi setelah melakukan implan mata, warna bola matanya kini menjadi kebiru-biruan. Menurut pengakuannya, mempunyai warna mata biru adalah menjadi cita-citanya sejak di usia remaja.
Untuk mendapatkan warna mata impian tersebut, wanita asal Carolina ini rela terbang jauh ke India. Dia melakukan pembedahan plastik dan implan di salah satu klinik kecantikan mata di Spectra Eye Hospital di New Delhi. Sekurang-kurangnya, doktor memerlukan masa kira-kira setengah jam untuk melakukan pembedahan dan implan terhadap Pixee.
Selain melakukan pembedahan implan mata, Pixee sebelum ini telah melakukan pelbagai pembedahan seperti tulang rusuk, pembaikan hidung, sedut lemak, kelopak mata, botoks, bibir, payudara dan banyak lagi. Semua ini dilakukan Pixee kerana ingin tampil cantik seperti kartun idolanya Jessica Rabbit, Holli Would juga Aurora.