Sebuah kaji selidik yang terkini dilakukan oleh Perspective Sdn Bhd dan disokong oleh Durex Malaysia baru sahaja mendedahkan bahawa daripada 79% kalangan remaja Malaysia yang terlibat dengan kaji selidik berkenaan di samping menerima maklumat berbentuk pendidikan seksual dan kesihatan reproduksi (Sexual & Reproductive Health) separuh daripada angka itu idak percaya bahawa ilmu itu cukup untuk membekalkan ilmu yang secukupnya berkenaan seks.
Bukan itu sahaja, ramai juga di antara anak muda yang salah faham mengenai kehamilan, keganasan dalam seksual serta jangkitan yang disebarkan melalui hubungan intim (STI).
Malaysian Youth SRH Survey yang deadpan but galling kalinya ini disertai 1,071 pemuda Malaysia berumur ankara 18 dan 29 tahun. Subjek kajian memfokuskan kepada lima aspek utama termasuklah sumber pendidikan SRH, ilmu kehamilan, kesedaran terhadap jangkitan STIs, pengetahuan kontraseptif serta jantina dan hubungan.
Pembongkaran hasil kajian tersebut telah disaksikan oleh Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Melihatkan negara Malaysia yang semakin berkembang dan membangun, rakyatnya turut dibekalkan dengan ilmu yang lengkap lebih-lebih lagi berkenaan isu yang sering dipandang remeh ini. SRH atau Sexual & Reproductive Health adalah perkara yang seharusnya dbincangkan secara menyeluruh dan terbuka supaya rakyat dapat memahami keburukan dan kebaikannya.
Matias Caride, Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser berkata, “Tiada apa yang membuatkan kami lebih bersemangat berbanding sentiasa komited untuk meneruskan usaha bagi mendidik, menyedarkan rakyat serta melakukan kajian terperinci yang memfokuskan kepada subjek SRH.”
Berikut adalah penemuan kajian berkenaan SRH:-
#1 MITOS TENTANG KEHAMILAN
SALAH FAHAM: 42% berkata penarikan awal ketika proses ejakulasi merupakan cara perlindungan yang berkesan untuk menghalang kehamilan malah, 35% responden percaya wanita tidak akan mengandung saat pertama kali melakukan seks.
FAKTA SEBENAR: Meskipun tindakan penarikan awal itu dilakukan, si gadis atau wanita tersebut masih lagi berisiko untuk hamil.
#2 PERLINDUNGAN BUKAN KEUTAMAAN
SALAH FAHAM: 19% percaya bahawa dengan menggunakan 2 lapis kondom boleh menghalang kehamilan. Dalam masa yang sama, 25% responden berpendapat sebarang perlindungan tidak diperlukan kerana pasangan saling mempercayai satu sama lain.
FAKTA SEBENAR: Sebenarnya, menggunakan dua lapis kondom semasa aktiviti seksual lebih berisiko kerana kondom tersebut terdorong untuk koyak dengan lebih mudah akibat geseran. Harus diingatkan, seksual bukanlah satu isu amanah namun, kesihatan dan keselamatan perlu dijaga untuk mengelak sebarang kehamilan tidak dirancang mahupun jangkitan STI (Sexually Transmitted Infections).
#3 KEKURANGAN MAKLUMAT SAHIH TERTANG KESIHATAN SEKSUAL & REPRODUKTIF
SALAH FAHAM: 79% daripada golongan muda Malaysia bersetuju bahawa mereka telah mendapat sumber rujukan dan maklumat yang cukup berkenaan kesihatan seksual dan reproduktif di sekolah, Internet dan rakan-rakan. Bahkan, ada yang mengganggap pendidikan seks adalah mengenai cara-cara melakukan seks semata.
FAKTA SEBENAR: Program kesihatan seksual dan reproduktif adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan demi membantu belia dalam memahami fungsi tubuh mereka, menghormati pasangan, belajar untuk membuat keputusanyang terbaik, melindungi diri dari kehamilan tidak dirancang serta dari sebarang jangkitan berbahaya.
#4 TANGGAPAN BERCANGGAH TENTANG ROGOL & KEGANASAN SEKSUAL
SALAH FAHAM: 56% percaya bahawa jenayah rogol berlaku kerana didorong oleh gaya pemakaian mangsa yang mengghairahkan serta terdedah.
FAKTA SEBENAR: Kejadian rogol tiada kena mengena dengan cara berpakaian atau tingkah laku mangsa. Ia adalah satu tindakan jenayah dan mangsa seharusnya tidak patut dipersalahkan, sebaliknya pelakulah yang harus dihukum.
#5 Kotak Pemikiran Yang Sempit Tentang STI
SALAH FAHAM: 10% golongan muda Malaysia lebih rela untuk menyorok penyakit STI mereka dan mengelak untuk melakukan ujian dan rawatan meskipun ia akan menjejaskan kehidupan seharian mereka yang sentiasa obergelumang dengan penyakit STI yang berbahaya.
FAKTA SEBENAR: Tiada apa yang harus dimalukan. Oleh itu, jika salah seorang daripada anda tidak mahu terdedah dengan sebarang jangkitan STI, maka silalah amalkan perlindungan yang intensif bagi mengelak perkara buruk untuk muncul di masa hadapan.
Sesungguhnya “Kajian Kesihatan Seksual dan Reproduktif Warga Muda Malaysia” ini adalah sebahagian daripada komitmen Durex Malaysia bagi memyebarkan ilmu pengetahuan yang secukupnya dalam kalangan warga muda. Durex turut menyeru lebih banyak badan dan pertubuhan awan mahupun swasta untuk sama-sama menyertai mereka dalam memperkasa warga anak muda Malaysia berkenaan kesihatan seksual dan reproduktif.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.durex.com.my