Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

[REVIEW] Shopee Lengkapkan Keperluan Peribadi Anda Dalam Sekelip Mata

by Afiqah Syamin
May 31, 2016
43
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Shopee adalah salah sebuah pasaran alam maya yang direka khas untuk memenuhi keperluan para pelanggan serta penjual yang terlibat dalam aktiviti jual beli secara atas talian untuk menikmati transaksi yang lebih lancar, mudah dan selamat.

Pelbagai jenis barangan yang ada dijual di Shopee. Dari keperluan peribadi, item fesyen, rangkaian kecantikan dan kesihatan, variasi makanan sehinggalah kepada gajet dan barangan elektronik. Yup! Semuanya ada di Shopee! 

shopee_logo-01 copy
Foto -Arkib Wanista

Jika anda kesuntukkan masa, lantas perlu meninggalkan negara bagi memenuhi tentatif kerja yang sibuk dengan segera atau mahu berdampingan dengan keluarga sambil berlibur, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari masa ke kedai membeli keperluan peribadi! Dengan menggunakan telefon pintar, anda hanya perlu memuat-turun aplikasi Shopee bagi membeli barangan keperluan yang anda butuhkan.

Ini antara 5 item cadangan Wanista yang mungkin anda perlukan kala berlibur:-

#1 Wunderbutter Body Souffle

Foto -Wanista

Sesuai untuk kegunaan mereka yang mempunyai masalah kulit kering. Krim yang mempunyai tekstur selembut awan ini akan membekalkan lembapan optimum pada kulit anda, lebih-lebih lagi jika terpaksa melalui jam penerbangan yang lama mahupun tatkala pergi melawat negara-negara yang sejuk seumpamanya. 

Foto -Wanista

Bahkan, krim magis ini ditempatkan dalam bekas tin yang mudah dibawa. Tampak eksklusif dan ranggi!

Foto -Wanista

Saat ia mula disapu ke permukaan kulit penulis, krim tersebut terasa sedikit melekit dan berminyak, namun pengguna harus terus meratakannya secara menyeluruh sehingga kesemuanya menyerap dengan rapi. Baunya juga adalah berdasarkan nota bau-bauan segar seperti herba dan tumbuhan memandangkan ramuan utama Wunderbutter Body Souffle ini adalah terdiri dari minyak pati tumbuhan herba serba bunga-bungaan segar.

 

#2 Krim Tangan Tony Moly

dddd1

Tony Moly adalah salah satu jenama produk kecantikan Korea yang menjadi kegilaan ramai. Krim Tangan Tony Molly yang beroma buah Peach ini tersangatlah nyaman. Cecair krim berkenaan juga mudah menyerap ke dalam kulit tanpa rasa melekit mahupun berminyak.

dddd3

Selain bekasnya yang comel -berbentuk buah Peach dan mudah untuk disimpan dalam tas tangan harian, krim tangan ini turut mengandungi bahan aktif yang bisa mengurangkan kedutan serta garis halus pada tangan. Sapukan krim tangan beraroma ini pada tangan anda supaya kulit kekal lembut, tegang dan lembap. 

dddd2

 

#3 Mask House Diamond V Fit Mask

aaa1

Anda mengimpikan bentuk muka yang lebih runcing? Dan dalam masa yang sama lebih berpuas hati jika melakukannya sendiri di rumah tanpa perlu mengeluarkan ongkos yang banyak mendapatkan rawatan muka intensif di spa dan klinik?

aaa3

Ini dia Diamond V Fit Mask keluaran Mask House. Inovasi Korea ini menjadi antara item kecantikan yang harus dipunyai oleh semua! Hebatnya, ia bisa mengecilkan saiz rahang anda dalam masa beberapa jam sehingga berkurang sebanyak 1cm!

aaa5

IKLAN

 

Sambil-sambil bersandar di dalam kapal terbang sementara sampai ke destinasi yang dituju, anda boleh memakai mask istimewa ini. Dalam sekelip mata, anda pasti berpuas hati dengna hasilnya. Material getah yang melekap pada keseluruhan bahagian dagu dan pipi juga adalah lembut, mencengkam wajah dengan selesa tanpa meninggalkan kesan sakit.

Buka ruang perantaraan kotak untuk lihat rajah langkah penggunaan produk.
Buka ruang perantaraan kotak untuk lihat rajah langkah penggunaan produk.

Setiap kotak hadir bersama satu getah pelangsing wajah yang disertai bersama 5 keping masker dagu. 

aaa4

Meskipun segala tulisan arahan dan penjelasan produk ditulis menggunakan Bahasa Korea, namun, ia masih dilengkapi rajah langkah penggunaan yang berwarna, memudahkan lagi si pemakai yang tidak mahir berbahasa Korea untuk menggunakannya dengan betul.

 

#4 Himalaya Herbals Clear Complexion Whitening Day Cream 

this1

Setelah sekian lama berada di atas pesawat pasti membuatkan wajah anda kelihatan lesu dan kusam. Oleh itu, sapukan krim pencerah harian yang bisa membuatkan tona kulit wajah anda sekata, tampak berkilat dan bermaya.

Warna krim ini seakan-akan warna kulit membuatkan ia mudah sebati dengan tona kulit asli seseorang. Malah, apa yang menarik hati penulis adalah, tekstur krim ini sangat ringan seperti konsistensi air yang sejuk, menyerap jauh ke dasar kulit.

this2

Bau yang dihasilkan krim ini juga tidak menjengkilkan seperti kebanyakkan krim wajah yang lain. Bau harumnya seperti disunting dari bau-bauan tumbuhan segar, terasa nyaman kala disapu ke atas kulit wajah.

this3

Kandungan seperti “licorice” dan damar putih pula berfungsi sebagai penawar untuk merawat pigmentasi, tompok hitam, memudarkan parut sert membekalkan nutrien antioksida yang diperlukan oleh wajah.

 

#5 Wunderbath Kuih Muih Soap 

Satu lagi produk yang bersaiz genit dari jenama Wunderbath ini pasti menarik perhatian anda!

Foto -Wanista

Biskut Samprit dan Kuih Talam menjadi reka bentuk yang sangat unik untuk sabun beras buatan tangan ini. Mudah untuk diselit di dalam poket bagasi pakaian, ia juga boleh dijadikan buah tangan atau cendera hati untuk diberikan kepada kenalan baru anda sebaik tiba di destinasi nanti. 

w2

Si dia pasti gembira melihat sabun yang berbentuk kuih-muih orang Melayu ini. Tetapi, jangan lupa untuk mengingatkan kawan anda itu supaya tidak memakan sabun berkenaan kerana bentuk kuih tersebut sememangnya sangat realistik! Menyelerakan sungguh! :)

w5

Untuk mendapatkan kesemua keperluan ini, anda bolehlah berkunjung ke laman aplikasi Shopee! Membelilah secara berhemah kerana Shopee ada segalanya! Malah kebanyakkan barangan berjenama yang ditawarkan di Shopee dijual pada harga berpatutan. Untuk maklumat lanjut, sila layari shopee.com.my/web

Selamat membeli-belah!

Tags: Aplikasi Jual Beli Atas TalianHimalayaItem Kecantikan Yang Boleh Dibeli Sebelum MelancongkecantikankesihatanpanduanShopeeteknologiTony MollytravelWuderbath
Share17SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Gym Lips? Trend Baru Bibir Plump Boleh Dicipta Dalam 2 Langkah Mudah!
Kecantikan

Gym Lips? Trend Baru Bibir Plump Boleh Dicipta Dalam 2 Langkah Mudah!

August 16, 2022
5 Ramuan Dalam 1 Formula, ABH Brow Genius Serba Baru Buat Kening Kamu…
Kecantikan

5 Ramuan Dalam 1 Formula, ABH Brow Genius Serba Baru Buat Kening Kamu…

August 16, 2022
Solekan Pengantin Tidak Lagi Bercapuk Dengan Asas Yang Betul, Semua Dari Rimmel!
Kecantikan

Solekan Pengantin Tidak Lagi Bercapuk Dengan Asas Yang Betul, Semua Dari Rimmel!

August 15, 2022
Bronzer vs Contour – Ini Yang Ramai Keliru Dan Salah Teknik!
Kecantikan

Bronzer vs Contour – Ini Yang Ramai Keliru Dan Salah Teknik!

August 14, 2022
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Tampil Manis & Simple, Baju Pengantin Nurul Izzah Rupanya Direka Oleh…

  2. 2

    #DIVAKongsi 5 Kedai Buku Jadi Hot Spot Wajib Untuk OOTD Instagram!

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    [ Hiburan ] Pelakon Jeslina Hashim sah bercerai talak satu

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.