Pasangan selebriti Korea Goo Hye Sun dan Ahn Jae Hyun telah mengeluarkan gambar perkahwinan mereka di Pulau Jeju. Difahamkan, mereka mengambil gambar ini minggu lalu untuk majalah Marie Claire dan ia tepat pada masanya untuk majlis perkahwinan sebenar yang berlangsung pada 21 Mei di Korea.
Memetik laporan Sports DongA, perkahwinan pasangan cinta lokasi drama ‘Blood’ itu tidak diadakan di hotel mewah seperti selebriti lain sebaliknya hanya akan diadakan secara kecil-kecilan mengikut kepercayaan mereka.
“Mereka berdua memang sudah merancang untuk berkahwin sejak menjadi sepasang kekasih kerana saling percaya antara satu sama lain,” kata wakil Ahn Jae Hyun dan Goo Hye Sun.
Okaylah, Wanista ucapkan tahniah untuk pasangan secocok ini.