Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Datesmith Bukan Sekadar ‘Agen Mencari Jodoh’ Yang Klise

by Afiqah Syamin
May 25, 2016
Foto -Arkib Wanista

Foto -Arkib Wanista

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Hello si dara dan teruna yang masih bujang dan sedang mencari cinta! Kini anda boleh sertai agensi temu janji yang dikelolakan dan dimiliki sepenuhnya oleh pencipta aplikasi mencari jodoh yang paling terkenal di seluruh dunia iaitu PAKTOR. Ya! Paktor kini mengembangkan sayapnya di Malaysia!

Datesmith adalah satu-satunya servis yang menawarkan pengalaman mencari pasangan bagi mereka yang memerlukan bantuan di Malaysia. Seperti juga Paktor, Datesmith adalah versi Paktor tetapi ia dimanfaatkan dalam keadaan “offline” tanpa menggunakan fungsi atas talian (online) seperti Paktor. Bahkan, Datesmith sebenarnya adalah sebuah syarikat yang bergerak secara solo, mempunyai pelanggan dan pangkalan datanya yang tersendiri.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Berfungsi untuk menghubungkan orang ramai, Datesmith kini membuka peluang untuk para individu bujang untuk mencari cinta sejati mereka. Siapa tahu orang yang anda kenal melalui Datesmith akhirnya menjadi pasangan hidup anda yang sempurna?

Bukan itu sahaja, servis ini adalah sangat berpatutan, fokus kepada tatacara yang santai, efektif serta boleh diakses oleh semua individu tanpa mengira status mahupun pangkat.

Oleh kerana Datesmith mempunyai perkongsian rapat dengan beberapa organisasi hospitaliti dan gaya hidup terbaik sekitar Malaysia, ia secara tidak langusng mampu memberi peluang kepada anda dan pasangan sesuai merasakan sebuah suasana temu janji yang pastinya hebat dan mengujakan! Dari variasi rancangan aktiviti menyeronokkan sehinggalah kepada makan malam romantis, si teruna mahupun dara yang masih bujang pasti merasa bahagia dan selesa untuk bergaul dengan individu yang baru dipertemukan!

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Tidak seperti agen mencari cinta lain yang hanya merangsang temu janji kasual yang tidak menjanjikan hubungan serius, Datsmith sangat komited untuk menyediakan khidmat yang terbaik bagi semua pelanggannya.

Dalam masa yang sama, Datesmith juga menjalankan perkhidmatan ini dalam dua kategori iaitu secara ‘berbayar’ dan ‘percuma’. Jika anda berminat, sila daftarkan diri anda untuk menjadi ahli Datesmith hari ini. Jika anda mempunyai misi yang lebih teguh iaitu ingin mencari cinta yang kekal abadi dan sesuai untuk dijadikan pasangan sehidup semati, anda boleh melanggan pakej yang ditawarkan mengikut kemampuan dan bajet yang anda ada.

Apa yang membezakan Datesmith dengan servis temu janji yang lain, untuk menemukan pelanggan mereka dengan pasangan yang terbaik, sesi temu duga bersemuka akan diadakan bagi mengetahui identiti, sifat dan personaliti individu yang terlibat secara terperinci. 

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.mydatesmith.com atau lawat laman Facebook Datesmith Malaysia di www.facebook.com/mydatesmith

Tags: bujangcinta perhubunganDatesmithPaktorServis Mencari JodohTemu Janji Cinta
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Sofie Azizlan
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Sofie Azizlan
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Sofie Azizlan
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Sofie Azizlan
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.