Pernahkah anda mempunyai masa yang kritikal dalam bulan puasa apabila anda memerlukan snek dengan segera. Iyelah dengan trafik bandar yang tidak menentu, orang menghabiskan lebih banyak masa dalam perjalanan di jalan raya. Pada pagi-pagi, daripada menjamu makanan yang berkadar gula tinggi dan membuatkan badan anda berasa lembab, mengapa tidak memilih alternatif yang lebih sihat?
Bulan suci Ramadhan secara tradisinya membawa berkat untuk jiwa tetapi tidak begitu bagi garis pinggang. Dengan ini dalam fikiran, Amazin’ Graze – pembekal artisan snek sihat Malaysia – berusaha untuk menyokong mereka yang berpuasa dengan menawarkan makanan ringan 100% semula jadi yang mempunyai protein yang tinggi dan karbohidrat kompleks yang boleh mengenyangkan badan untuk lebih lama dan menyumbangkan nutrien sepenuhnya.
Sempena semangat perayaan, 5 perisa lazat baru akan dilancarkan – Satay Lemongrass Nut Mix, Rendang Coconut Nut Mix, Sticky Pudding Granola, Pandan Skinny Cookies dan Rose Skinny Cookies – semua dibungkus dan sedia untuk penghantaran terus ke rumah atau pejabat, dalam saiz runcit mahupun langganan.
“Snek kami direka dengan mementingkan khasiat dan perisa. Kami tidak menggunakan gula halus, tepung putih dan lain-lain jenis bahan yang diproses. Produk-produk kami diperkayakan dengan ramuan seperti benih chia, gandum hitam, kacang dan benih yang mengandungi protein tinggi, antioksidan dan lemak yang sihat untuk melindungi organ-organ penting kami. Di samping itu, ramuan kami diproses pembekal yang disahkan halal dan dapur kami adalah vegetarian dan bebas daging,” sambung Zheng.
Pelanggan boleh memesan snek-snek ini dalam talian atau mencarinya di pasar raya seperti Village Grocer dan Ben’s Independent Grocer di Publika dan Glomac dengan RM24.90 sekotak (dengan 4 snek).
Amazin’ Graze akan menjalankan kempen ‘Makan Dengan Sihat Semasa Ramadhan’ dari 30 Mei hingga 3 Julai dengan pertandingan, tips kesihatan dan hadiah langganan percuma. Terdapat juga peluang untuk menikmati diskaun 50% untuk kotak langganan yang pertama, jadi pelanggan hanya perlu membayar RM12.45.
Masa Operasi:
- Isnin hingga Jumaat
- 9 pagi sampai 6 petang
- Sabtu dan Ahad tutup
- G20, D7, Jalan Sentul, Sentul