“Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya…” Sayu pula hati tatkala melihat anak-anak kecil ini menangis menahan beban yang harus ditanggung. Begitulah keadaan harian di sebuah sekolah khas untuk melatih pelapis juara Olimpik masa hadapan di China.
Seperti yang kita semua tahu, sistem sukan di China telah melakar banyak kejayaan sejak negara itu kembali menguasai momen kejuaraan semasa kejohanan Olimpik yang mengujakan sekitar tahun 1980 dahulu. Seperti pada kejuaran Olimpik 2012 yang lalu, China berada di tempat kedua yang mengumpul pingat emas terbanyak selepas Amerika Syarikat iaitu sebanyak 38 pingat.
Di Sekolah Sukan Kanak-Kanak Pudong yang terletak di Shanghai, Setiausaha Jawatankuasa Parti Sekolah tersebut, Huang Qin berkata, pada tahun 1980 sehingga awal tahun 90an, sekolah-sekolah sukanlah yang paling terkenal dan menjadi kebanggaan. Tetapi setelah zaman berubah, ibu bapa moden tidak lagi sanggup menghantar anak mereka ke sekolah sukan.
Kadar kelahiran di China juga menurun kerana polisi satu keluarga seorang anak yang pernah diterapkan oleh kerajaan China suatu ketika dahulu di antara tahun 1978 – 1980 menyebabkan banyak sekolah sukan di China tidak mendapat sambutan dan telah banyak ditutup.
Sistem pelajaran di sana juga adalah lebih ketat melihatkan kanak-kanak harus menghabisakan lebih banyak masa bagi menyiapkan kerja rumah dua kali ganda dari kanak-kanak seumurnya di negara lain. Sehubungan dengan itu, pada tahun 2010, Beijing melaksanakan polisi baru di mana ia mengarahkan sekolah sukan untuk memperbaiki teknik mengajar untuk memberi lebih sokongan dan persedian mantap bagi para atlet saat bersara di kemudian hari.
Ayuh kita lihat apa lagi yang berlaku di sebalik tembok sekolah-sekolah sukan di China:-
Jadi anda dah jelas bagaimana China berjaya melahirkan atlet-atlet yang hebat?