Jenama produk penjagaan peribadi dan kecantikan yang berasaskan tumbuhan herbal semula jadi, Aesop kini baru sahaja melancarkan satu lagi rangkaian untuk melengkapkan lagi produk penjagaan peribadinya iaitu Herbal Deodorant yang bebas aluminum.
Deodoran ini diramu dengan bahan botanikal yang disunting segar dari alam, dicipta khas untuk kegunaan harian individu termasuklah kaum lelaki dan wanita yang mementingkan keselesaan berpanjangan.
Deodoran Herbal Aesop ini memiliki dua (2) fungsi utama iaitu untuk memelihara serta menghapus bau yang terhasil dari peluh bawah lengan. Oleh itu, formulasinya jelas mengandungi Zinc Ricinoleate yang bisa bantu memulih masalah yang berkaitan dengan sejenis bakteria yang digelar “Coryneform” iaitu punca utama kepada bau badan.
Bukan itu sahaja, Deodoran istimewa ini turut dimesrakan dengan campuran tumbuhan herba mewah seperti Rosemary, Sage dan Eucalyptus yang pastinya bermanfaat untuk menyah bau busuk serta memelihara kondisi kesihatan bawah lengan.
Lebih memudahkan, Deodoran Herbal Aesop ini telah dibungkus menggunakan botol semburan 50ml yang mudah dibawa, sesuai untuk kegunaan di rumah, di gim, atau kemana sahaja anda pergi. Anda boleh mula dapatkannya di butik Aesop seluruh Malaysia mahupun secara atas talian.
Aesop adalah jenama yang berasal dari Melbourne, Australia -wujud sejak 1987. Ianya fokus menjalankan kajian penyelidikan ke atas tumbuhan herbal secara terperinci, diuji secara klinikal bagi memperoleh manfaat yang bisa memberi kelebihan terhadap kulit, rambut serta pelbagai lagi kepentingan yang diperlukan oleh manusia sejagat. Harga pasaran yang ditetapkan adalah RM117 seunit. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.aesop.com