Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Ini Dia Khasiat Daun Pegaga Yang Selama Ini Tidak Anda Ketahui

by Lisa AG
May 13, 2016
Foto - infomolek.blogspot.com

Foto - infomolek.blogspot.com

7.9k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Daun pegaga.

Selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu. Lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi panas dan ditambah dengan sambal belacan, cukup menyelerakan! Apatah lagi bersama lauk kampung. Wallaaa sangat heaven! Tapi bukan itu sahaja, daun pegaga juga boleh dibuat jus, dengan hanya rebus atau kisar dan dijadikan minuman.

Nama Saintifik

Daun pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica ialah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman malah mampu memberi impak besar kepada kecantikan seseorang. Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.

Namun, kini ia semakin mendapat perhatian masyarakat Barat yang mula menyedari kebaikannya.

Foto - yawyawthamamwe.blogspot.com
Foto – yawyawthamamwe.blogspot.com

Manfaat Daun Pegaga

Perubatan tradisional menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita. Pegaga dikatakan mampu merawat kerosakan kulit secara tradisi selain meningkat­kan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin me­ngamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya. 

Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut. Bahkan juga, bahan aktif pada pegaga yang merangsang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekaligus mengurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit.

IKLAN

Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya mengelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.

Foto - zulfadreamland.blogspot.com
Foto – zulfadreamland.blogspot.com

Bagi yang bimbang de­ngan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia memiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit. Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegangkan kulit dan menjadikannya lebih tegang.

Selain kulit, pegaga memberi manfaat kepada kecantikan rambut terutama masalah keguguran rambut kerana kandungan nutrien mampu menyuburkan kembali rambut tidak bermaya. Ia mampu me­nguatkan akar rambut, menyuburkan kulit kepala, menguatkan salur darah dan akar rambut serta me­ngelak masalah rambut yang lain.

Pegaga juga dikatakan mampu ­meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha. Lebih mengujakan, pegaga dikatakan mampu melawan masalah selulit yang sering dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan mereka lantaran sifatnya yang diuretik di samping mening­katkan peredaran darah.

Siapa sangka daun pegaga yang kamu makan sebagai ulaman banyak khasiatnya.

Sumber : 1 & 2

Tags: Daun PegagaInfo Daun PegagaKebaikan Daun PegagaKhasiat Daun PegagaulamUlam Pegaga
Share3163SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Bronzer vs Contour – Ini Yang Ramai Keliru Dan Salah Teknik!
Kecantikan

Bronzer vs Contour – Ini Yang Ramai Keliru Dan Salah Teknik!

August 14, 2022
Cara Betul Pakai Sleeping Mask, Baru Tak Mudah Naik Jerawat
Kecantikan

Cara Betul Pakai Sleeping Mask, Baru Tak Mudah Naik Jerawat

August 13, 2022
“Perlu Ke Cuci Wajah Dengan Foaming Cleanser Waktu Pagi?”- Intai Apa Kata Ahli Dermatologi
Kecantikan

“Perlu Ke Cuci Wajah Dengan Foaming Cleanser Waktu Pagi?”- Intai Apa Kata Ahli Dermatologi

August 12, 2022
“Warna Cantik, Mask-Proof” – Memang Puas Hati Pakai Etude House Fixing Tint
Kecantikan

“Warna Cantik, Mask-Proof” – Memang Puas Hati Pakai Etude House Fixing Tint

August 12, 2022
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Tampil Manis & Simple, Baju Pengantin Nurul Izzah Rupanya Direka Oleh…

  2. 2

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  3. 3

    #DIVAKongsi 5 Kedai Buku Jadi Hot Spot Wajib Untuk OOTD Instagram!

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.